Pada hari Ahad, 3 Mac yang lalu telah diadakan program ramah mesra bersama pelajar tingkatan 4 Sekolah Menengah Sains Alam Shah (ASiS). Program anjuran OASiS yang dinamakan sebagai Chillax 2013 ini diadakan di Dewan Besar ASiS bermula pada jam 9 pagi hingga pukul 2 petang. Tujuan program ini diadakan ialah untuk memperkenalkan pelajar-pelajar tingkatan 4 yang baru mendaftar masuk ke ASiS dengan barisan bekas pelajar ASiS. Antara lainnya ialah untuk berkongsi pengalaman suka duka dan kata-kata untuk membakar semangat juang pelajar-pelajar tingkatan 4 untuk meneruskan kehidupan di sini. Program ini dirasmikan oleh Encik Razmi Bin Abdul Razak, Penolong Kanan 1 ASiS.
Taklimat ringkas oleh pengarah program, saudara Syazwan Zainal sebelum program bermula.
Pengerusi majlis, saudara Zulfadli Zakaria sedang menjelaskan serba sedikit tentang aturcara majlis sebelum program bermula.
Oleh kerana tetamu kehormat masih belum tiba, pengacara majlis mengajak setiap rumah sukan untuk naik ke pentas dan mempersembahkan "warcry" masing-masing.
Tetamu kehormat, Cikgu Razmi menyampaikan ucapan dan merasmikan program. Turut kelihatan dalam gambar ialah saudara Suhaib Zaihan, Presiden OASiS.
Presiden OASiS, saudara Suhaib Zaihan menerangkan kepada pelajar-pelajar tingkatan 4 tentang peranan OASiS.
Majlis diteruskan selepas itu dengan sesi pengenalan para fasilitator yang terdiri daripada bekas pelajar ASiS yang kebanyakannnya sudah bekerja ataupun berada di tahun akhir pengajian. Seramai 20 orang fasilitator terlibat dalam menjayakan program pada hari itu.
Salah seorang fasilitator, saudara Ramzi Ramli sedang memperkenalkan diri.
Setiap fasilitator diberikan nombor yang mewakili kumpulan pelajar yang telah dibahagi-bahagikan untuk aktiviti Latihan Dalam Kumpulan (LDK)
Sebahagian dari para pelajar tingkatan 4 yang menghadiri program ini.
Khusyuk mendengar...
Seperti mana yang telah disebut, aktiviti berikutnya ialah aktiviti LDK, di mana para pelajar dibahagikan ke dalam kumpulan kecil bersama seorang fasilitator yang ditugaskan. Berikut ialah sedikit ringkasan tentang aktiviti yang diadakan dalam kumpulan:
1) Sesi pengenalan/ice-breaking.
2) Tugasan berkumpulan
3) Perkongsian bebas antara fasilitator dengan para pelajar.
Taklimat ringkas berkenaan LDK oleh saudara Zulfadli dan saudara Suhaib.
Sesi Ice-breaking.
Sesi Ice-breaking.
Sesi LDK.
Sesi LDK. Setiap kumpulan diberikan sehelai kertas dan pen dan sekeping gambar. Setiap kumpulan dikehendaki membincangkan gambar berkenaan dan menulis semua input yang diperolehi di atas kertas yang diberikan.
Perkongsian bebas oleh fasilitator dengan pelajar-pelajar dalam kumpulan setelah selesai LDK.
Setelah lebih kurang sejam setengah, semua kumpulan kembali semula ke dalam dewan besar untuk sesi wrap-up. Dalam sesi terakhir ini, dua kumpulan dipanggil secara rambang untuk membentangkan hasil dari aktiviti LDK yang telah diadakan.
Wakil dari salah satu kumpulan yang dipilih membentangkan hasil LDK yang telah diadakan.
Dengan berakhirnya sesi wrap-up tersebut, maka berakhirlah program Chillax 2013. OASiS ingin merakamkan sejuta penghargaan buat semua yang telah menyokong program ini terutamanya AJK Program, barisan fasilitator, pihak pentadbiran ASiS serta semua yang terlibat secara langsung dalam menganjurkan program ini.
Doa kami agar program ini dapat memberi manfaat kepada pelajar tingkatan 4 2013 ASiS dan OASiS juga sebagai sebuah organisasi. Harapan kami supaya Program Chillax 2013 membantu untuk menzahirkan pemimpin bertaraf dunia di kalangan pelajar tingkatan 4 ASiS 2013 serta ahli OASiS sendiri Insya Allah. Hanya Tuhan yang mampu membalas jasa baik kalian.
Akhir kata, majulah ASiS dan OASiS untuk agama, bangsa dan negara.
Ameen Insya Allah.
Bergambar bersama pelajar-pelajar Tingkatan 4 2013 sebagai kenang-kenangan.
No comments:
Post a Comment