Wednesday, February 24, 2010

Semoga Cepat Sembuh Buat Dayat

Assalamualaikum wbt,

Baru-baru ini seorang bekas pelajar ASiS dari batch ke 6/SAVIOUR ,Mohd Hidayat telah terlibat dalam satu kemalangan jalan raya berhampiran kampungnya di Dungun,Terengganu. Saudara Hidayat kini telah terjaga setelah beberapa hari koma.Dia mengalami kecederaan di bahagian kepala(darah beku) dan darah beku tersebut telah menyebabkan pandangannya kabur.Marilah kita semua OASiS terutama OASiS 6 mendoakan supaya saudara Hidayat cepat sembuh dan penglihatannya kembali pulih.

Wednesday, February 17, 2010

10 Sebab Mengapa ASiS perlu jadi pilihan

ASiS kini sinonim sebagai antara Sekolah Berasrama Penuh (SBP) yang terbaik di Malaysia.Pencapaian demi pencapaian dalam pelbagai bidang diperoleh hasil usaha keras tenaga pengajar dan juga pelajar-pelajarnya.Ini dicapai dalam tempoh hanya lebih kurang tujuh tahun semenjak penubuhannya pada pertengahan tahun 2003.Ini cukup mengagumkan kerana tidak banyak sekolah-sekolah yang baru begitu cepat mencipta nama sebagai antara sekolah yang terbaik di negara ini.

Jika anda ditawarkan untuk meneruskan pengajian peringkat menengah atas di ASiS,kami selaku OASiSian ada 10 sebab untuk anda supaya menerima tawaran tersebut.

Weekend@ASiS 101w

1.ASiS merupakan antara SBP yang hanya menyediakan pengajian untuk pelajar tingkatan 4 dan 5 sahaja.Oleh sebab yang demikian,ASiS menerima masuk pelajar-pelajar baru yang cemerlang dalam peperiksaan PMR sahaja.Ini bererti,sejak dari tingkatan 4 lagi pelajar yang terpilih untuk ke sekolah ini telah sedia cemerlang dan ini menimbulkan suasana persaingan yang sihat antara satu sama lain.

2.ASiS adalah sebuah sekolah "all-boys" di mana hanya pelajar lelaki sahaja yang diterima masuk.Ini secara tidak langsung dapat mengurangkan "gangguan" yang mampu mengganggu-gugat prestasi akademik dan sahsiah pelajar-pelajar.

Weekend@ASiS 237w

3.ASiS mempunyai barisan tenaga pengajar yang terbukti hebat dan mereka tidak mudah mengenal erti jemu dan penat di dalam menyediakan para pelajar mereka ke arah kecemerlangan dalam pelajaran.Sebagai contoh, Puan Rohaiza sendiri sanggup mengadakan kelas selepas solat Subuh untuk pelajar-pelajar bagi matapelajaran "Add-Math".Begitu juga dengan Puan Ding Hong Eng yang bekerja hingga lewat malam di ASiS,hanya untuk memberi yang terbaik kepada semua pelajar ASiS.Ramai guru yang lain juga yang datang pada waktu prep, untuk melihat kalau-kalau ada di antara pelajar yang perlukan bantuan di dalam mata-pelajaran yang mereka ambil.Dan peranan mereka yang paling penting ialah, mereka menjadi ibu-bapa kepada pelajar-pelajar sepanjang berada di ASiS.

Weekend@ASiS 109w

4.Sesi Pengajaran dan Pembelajaran (P&P) di ASiS yang sistematik juga menjadi sebab utama.Jadual waktu disusun dengan baik untuk para pelajar sepanjang minggu,serta kelas tambahan dan bimbingan pada waktu prep hari-hari yang tertentu.Ada sesetengah waktu diadakan untuk program bimbingan bagi pelajar-pelajar yang lemah dalam aspek-aspek subjek yang tertentu.Dan pada setiap tahun, program "Perkampungan Ilmu" diadakan bagi mendedahkan para pelajar khususnya pelajar Tingkatan 5 dengan teknik-teknik menjawab soalan bagi persediaan menghadapi peperiksaan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM).

5.Walaupun kecemerlangan akademik merupakan perkara asas yang dititikberatkan di ASiS,setiap teknokrat ASiS juga diberi penekanan di dalam aspek sahsiah,akhlak dan kepimpinan.Peluang untuk menjadi sebahagian daripada Badan Kepimpinan Pelajar,Badan Keagamaan,Badan Beruniform,Koperasi,Kelab-Kelab Sukan dan Persatuan juga terbuka luas.Ini jelas terbukti sebagaimana mukadimah entry ini tadi, ASiS sudah menempa nama di dalam pelbagai jenis kejohanan sukan, pertandingan kawad, debat,pidato dan banyak lagi.


CakLempong-14
ASiS-11

6.Penekanan dalam aspek agama juga diambil kira dengan setiap pelajar diwajibkan untuk sembahyang secara berjemaah lima kali sehari.Memetik kata-kata Tuan Haji Idrus semasa saya mendaftar sebagai pelajar tingkatan 4, enam tahun yang dahulu, "Di sekolah inilah antara tempat yang kamu dapat solat 5 kali sehari secara berjemaah,tidak seperti di rumah di mana kamu mungkin sembahyang bersendirian sahaja".Amalan-amalan sunat juga digalakkan seperti tahsin Al-Quran setiap pagi selepas solat Subuh,solat sunat hajat dan taubat,bacaan Ma'thurat dan zikir-zikir harian.Tazkirah juga disampaikan oleh pelajar-pelajar sendiri melalui ASiS Islamic Council (AIC).

7.Di ASiS, pelajar-pelajar berpeluang untuk belajar berdikari, yakni menguruskan diri sendiri sebermulanya dari bangkit seawal jam 5.30 pagi,hinggalah waktu light-off pada jam 11.30 malam.Ini termasuklah peluang untuk bangkit awal,bersiap-siap untuk ke kelas,membasuh baju sendiri,dan kemudiannya menepati masa untuk ke menghadiri kelas,mesyuarat persatuan,dan juga ke surau untuk solat.Mungkin pelajar-pelajar yang baru masuk,terutamanya bagi mereka yang tidak pernah tinggal di asrama akan merasa sedikit janggal,tetapi lama-kelamaan ia pasti akan menjadi suatu kebiasaan.Bak kata keramat Ustaz Khiruddin Awang, "Betulkan yang biasa,biasakan yang betul".

ASiSKL

8.Prestasi akademik ASiS sentiasa cemerlang setiap tahun.Semenjak dari tahun 2005, ASiS tidak pernah lagi terkeluar daripada senarai lima buah SBP yang terbaik di dalam keputusan SPM yang diumumkan.

9.ASiS selalu dikunjungi oleh bekas pelajar-pelajarnya sama ada yang sedang menuntut di dalam mahupun di luar negara.Mereka tidak hanya datang untuk menziarahi sekolah dan juga guru-guru yang pernah mengajar mereka suatu ketika dahulu,malahan bertemu dengan pelajar-pelajar ASiS untuk menceritakan pengalaman mereka dan memberi kata-kata perangsang dan motivasi bagi menguatkan semangat untuk belajar di ASiS ini.

Photobucket

10.Akhir sekali, pengalaman di ASiS akan jadi lebih bermakna dengan wujudnya semangat setiakawan dan ukhuwwah di antara pelajar tanpa mengira latar belakang dan tempat asal mereka datang.Semangat ASiSian ini diterjemahkan di dalam kehidupan seharian seperti tolong menolong di dalam akademik dan pengurusan seharian di asrama.Semangat ini Insya Allah,tidak akan hilang selagi ASiS masih wujud.

Akhirul kalam, saya ingin memetik kata-kata saudara Abd Qayyum Abd Najib,bekas pelajar ASiS yang baru sahaja menamatkan pengajian di ASiS pada tahun lepas;

"ASiS tempat mengenali diri sendiri...erti kehidupan...dan persahabatan..Thanks ASiS....ASiS sentiasa di hati..:D"


NADLY AIZAT
OASiS0405

Tuesday, February 16, 2010

Video OASiS


Video yang telah dihasilkan oleh saudara Muhammad Izzat A. Rahman untuk Makan Malam Amal 2009.

Sunday, February 14, 2010

Selamat Pengantin Baru Buat Kerol

Assalamualaikum wbt,

Mewakili warga OASiS keseluruhannya, saya mengucapkan tahniah dan selamat pengantin baru kepada saudara Mohamad Khairul Radzikin Zainal @ Kerol yang telah melangsungkan perkahwinannya bersama dengan Hanin Hamdan pada 30 Disember 2009 yang lepas.Kerol ialah rakan sekelas saya pada tahun 2005 (5 Bestari).Beliau kini melanjutkan pelajaran di Michigan State University,Amerika Syarikat dalam bidang BioChemistry and Molecular Biology/Biotechnology.Hanin pula melanjutkan pelajaran di University of Illinois dalam jurusan sains aktuari.

Photobucket

Mereka berdua telah diijabkabulkan di dalam majlis yang serba ringkas di Central Illinois Mosque @ Islamic Center, disaksikan oleh jemaah masjid yang turut hadir dalam majlis tersebut.Rakan Kerol, saudara Shafiq Majid(juga rakan sekelas saya) turut hadir selaku jurugambar pada hari pernikahan Kerol dan Hanin.

Photobucket
Gambar-gambar adalah dari ihsan Naquib Suhairi.

Insya Allah, majlis walimatul-urus akan diadakan pada 3 Julai yang akan datang.

"Barakallahu lakuma, wa barak' alaikuma wa jam'a bainakuma fil khair, wa razaqakuma,
zurriyatan tayyibatan tanfa'ul islam wal muslimin"~"Semoga Allah memberkati kalian dan melimpahkan barakah kepada kalian, dan mengumpulkan kalian zuriat yang memberi manfaat kepada Islam dan Muslimin keseluruhannya"


P/s: Kerol adalah OASiSian yang kedua melangsungkan perkahwinan selepas saudara Mohd Yazrie Mohd Shukri.Saudara Yazrie kini telah dikurniakan seorang cahaya mata.Kedua-dua mereka adalah dari batch ASiS yang kedua - OASiS0405.


(MOHD NADLY AIZAT MOHD NUDRI)


Saturday, February 13, 2010

Perpisahan

Assalamualaikum dan Salam Sejahtera,

  • Pihak kami percaya ramai masih mengenali Puan Zaiton Binti Kassim(Kak Ton) yang setia berbakti buat Sekolah Menengah Sains Alam sejak dari awal penubuhannya. Walaupun Kak Ton bukan merupakan seorang tenaga pengajar yang membantu kejayaan kita secara langsung namun peranan yang dimainkan oleh beliau dalam membantu pentadbiran sekolah harus dihargai.
  • Buat pengetahuan semua, Kak Ton bakal bersara wajib pada 31 Mac 2010. Oleh yang demikian pihak kami ingin mengambil kesempatan ini untuk menyediakan "spreadsheet" bagi membolehkan rakan-rakan menyampaikan penghargaan kepada Kak Ton.
  • Jika rakan-rakan ingin menyampaikan cenderahati kepada Kak Ton, rakan-rakan boleh menghubungi Encik Ahmad Shafrin Bin Abdul Aziz bagi tujuan berikut.
  • Pihak kami cuba mengaturkan agar ucapan-ucapan tersebut sampai ke tangan Kak Ton sebelum tarikh persaraan beliau.
Credit untuk Izzat A. Rahman
  • Besar harapan kami jika rakan-rakan dapat menyediakan ucapan yang ringkas atau puisi dan sebagainya buat tatapan Kak Ton.
  • Akhir kata. Selamat maju jaya.
p/s: pihak kami sedang bekerjasama dengan pihak ASiS bagi menyediakan maklumat terkini mengenai sekolah yang tercinta.

p/s/s: pihak kami berharap rakan-rakan tidak salah faham dengan gambar Kak Ton yang diletakkan di blog ini. Kami percaya insan-insan terbabit membuat aksi tersebut atas niat untuk bergurau dan juga bukti keakraban Kak Ton dengan para pelajar ASiS... :D

p/s/s/s: Untuk menghantar pesanan pada kak ton.. sila klik sini atau pada ayat "spreadsheet"

p/s/s/s/s: Encik Ahmad Shafrin boleh dihubungi melalui suaraguru@gmail.com


(MOHD AKMAL MEHAT)

Selamat Datang!

Assalamualaikum dan Salam Sejahtera,

  • Selamat datang saya ucapkan kepada rakan-rakan yang sudi melawat blog OASiS yang baru sahaja dibangunkan dengan bantuan saudara Muhd Hafiz Md Idris dan Nadly Aizat Nudri.
  • Saya juga ingin mengambil kesempatan ini untuk mengucapkan jutaan terima kasih kepada rakan-rakan yang telah memberi kerjasama kepada pihak kami dalam usaha untuk mengumpul maklumat terkini bekas pelajar Sekolah Menengah Sains Alam Shah.
  • Blog ini diwujudkan setelah sebahagian besar daripada bekas pelajar ASiS yang mengisi borang berkenaan menggesa agar diwujudkan sebuah laman web/ blog bagi memudahkan rakan-rakan mendapatkan maklumat terkini mengenai OASiS dan ASiS. Terima kasih diucapkan kepada rakan-rakan yang telah memberi cadangan yang membina bagi kebaikan bersama OASiS.
  • Dalam 30 minit yang lepas, saya telah menghantar sebuah emel yang dilampirkan bersama maklumat terkini OASiS kepada semua rakan-rakan yang terlibat. Jika terdapat sebarang kesilapan dalam maklumat yang dihantar, saya ingin memohon jasa baik rakan-rakan untuk memaklumkan pihak kami dengan segera.
  • Buat pengetahuan rakan-rakan, kami sedang mencari sukarelawan untuk mengendalikan OASiS buat sementara waktu sehingga tertubuhnya Alumni ASiS secara rasmi. Jika rakan-rakan berminat, sila hubungi pihak kami dengan segera.
  • Pihak kami juga ingin memohon maaf kerana maklumat yang dihantar masih belum disusun secara teratur mengikut "batch". Pihak kami masih lagi dalam proses mengumpul maklumat peribadi daripada rakan-rakan. Data hanya akan dikemaskini apabila sasaran sebanyak 700 orang sudah dicapai.
  • Semoga kita berjumpa lagi.

(MOHD AKMAL MEHAT)

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails