Saturday, February 13, 2010

Selamat Datang!

Assalamualaikum dan Salam Sejahtera,

  • Selamat datang saya ucapkan kepada rakan-rakan yang sudi melawat blog OASiS yang baru sahaja dibangunkan dengan bantuan saudara Muhd Hafiz Md Idris dan Nadly Aizat Nudri.
  • Saya juga ingin mengambil kesempatan ini untuk mengucapkan jutaan terima kasih kepada rakan-rakan yang telah memberi kerjasama kepada pihak kami dalam usaha untuk mengumpul maklumat terkini bekas pelajar Sekolah Menengah Sains Alam Shah.
  • Blog ini diwujudkan setelah sebahagian besar daripada bekas pelajar ASiS yang mengisi borang berkenaan menggesa agar diwujudkan sebuah laman web/ blog bagi memudahkan rakan-rakan mendapatkan maklumat terkini mengenai OASiS dan ASiS. Terima kasih diucapkan kepada rakan-rakan yang telah memberi cadangan yang membina bagi kebaikan bersama OASiS.
  • Dalam 30 minit yang lepas, saya telah menghantar sebuah emel yang dilampirkan bersama maklumat terkini OASiS kepada semua rakan-rakan yang terlibat. Jika terdapat sebarang kesilapan dalam maklumat yang dihantar, saya ingin memohon jasa baik rakan-rakan untuk memaklumkan pihak kami dengan segera.
  • Buat pengetahuan rakan-rakan, kami sedang mencari sukarelawan untuk mengendalikan OASiS buat sementara waktu sehingga tertubuhnya Alumni ASiS secara rasmi. Jika rakan-rakan berminat, sila hubungi pihak kami dengan segera.
  • Pihak kami juga ingin memohon maaf kerana maklumat yang dihantar masih belum disusun secara teratur mengikut "batch". Pihak kami masih lagi dalam proses mengumpul maklumat peribadi daripada rakan-rakan. Data hanya akan dikemaskini apabila sasaran sebanyak 700 orang sudah dicapai.
  • Semoga kita berjumpa lagi.

(MOHD AKMAL MEHAT)

No comments:

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails