Wednesday, February 17, 2010

10 Sebab Mengapa ASiS perlu jadi pilihan

ASiS kini sinonim sebagai antara Sekolah Berasrama Penuh (SBP) yang terbaik di Malaysia.Pencapaian demi pencapaian dalam pelbagai bidang diperoleh hasil usaha keras tenaga pengajar dan juga pelajar-pelajarnya.Ini dicapai dalam tempoh hanya lebih kurang tujuh tahun semenjak penubuhannya pada pertengahan tahun 2003.Ini cukup mengagumkan kerana tidak banyak sekolah-sekolah yang baru begitu cepat mencipta nama sebagai antara sekolah yang terbaik di negara ini.

Jika anda ditawarkan untuk meneruskan pengajian peringkat menengah atas di ASiS,kami selaku OASiSian ada 10 sebab untuk anda supaya menerima tawaran tersebut.

Weekend@ASiS 101w

1.ASiS merupakan antara SBP yang hanya menyediakan pengajian untuk pelajar tingkatan 4 dan 5 sahaja.Oleh sebab yang demikian,ASiS menerima masuk pelajar-pelajar baru yang cemerlang dalam peperiksaan PMR sahaja.Ini bererti,sejak dari tingkatan 4 lagi pelajar yang terpilih untuk ke sekolah ini telah sedia cemerlang dan ini menimbulkan suasana persaingan yang sihat antara satu sama lain.

2.ASiS adalah sebuah sekolah "all-boys" di mana hanya pelajar lelaki sahaja yang diterima masuk.Ini secara tidak langsung dapat mengurangkan "gangguan" yang mampu mengganggu-gugat prestasi akademik dan sahsiah pelajar-pelajar.

Weekend@ASiS 237w

3.ASiS mempunyai barisan tenaga pengajar yang terbukti hebat dan mereka tidak mudah mengenal erti jemu dan penat di dalam menyediakan para pelajar mereka ke arah kecemerlangan dalam pelajaran.Sebagai contoh, Puan Rohaiza sendiri sanggup mengadakan kelas selepas solat Subuh untuk pelajar-pelajar bagi matapelajaran "Add-Math".Begitu juga dengan Puan Ding Hong Eng yang bekerja hingga lewat malam di ASiS,hanya untuk memberi yang terbaik kepada semua pelajar ASiS.Ramai guru yang lain juga yang datang pada waktu prep, untuk melihat kalau-kalau ada di antara pelajar yang perlukan bantuan di dalam mata-pelajaran yang mereka ambil.Dan peranan mereka yang paling penting ialah, mereka menjadi ibu-bapa kepada pelajar-pelajar sepanjang berada di ASiS.

Weekend@ASiS 109w

4.Sesi Pengajaran dan Pembelajaran (P&P) di ASiS yang sistematik juga menjadi sebab utama.Jadual waktu disusun dengan baik untuk para pelajar sepanjang minggu,serta kelas tambahan dan bimbingan pada waktu prep hari-hari yang tertentu.Ada sesetengah waktu diadakan untuk program bimbingan bagi pelajar-pelajar yang lemah dalam aspek-aspek subjek yang tertentu.Dan pada setiap tahun, program "Perkampungan Ilmu" diadakan bagi mendedahkan para pelajar khususnya pelajar Tingkatan 5 dengan teknik-teknik menjawab soalan bagi persediaan menghadapi peperiksaan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM).

5.Walaupun kecemerlangan akademik merupakan perkara asas yang dititikberatkan di ASiS,setiap teknokrat ASiS juga diberi penekanan di dalam aspek sahsiah,akhlak dan kepimpinan.Peluang untuk menjadi sebahagian daripada Badan Kepimpinan Pelajar,Badan Keagamaan,Badan Beruniform,Koperasi,Kelab-Kelab Sukan dan Persatuan juga terbuka luas.Ini jelas terbukti sebagaimana mukadimah entry ini tadi, ASiS sudah menempa nama di dalam pelbagai jenis kejohanan sukan, pertandingan kawad, debat,pidato dan banyak lagi.


CakLempong-14
ASiS-11

6.Penekanan dalam aspek agama juga diambil kira dengan setiap pelajar diwajibkan untuk sembahyang secara berjemaah lima kali sehari.Memetik kata-kata Tuan Haji Idrus semasa saya mendaftar sebagai pelajar tingkatan 4, enam tahun yang dahulu, "Di sekolah inilah antara tempat yang kamu dapat solat 5 kali sehari secara berjemaah,tidak seperti di rumah di mana kamu mungkin sembahyang bersendirian sahaja".Amalan-amalan sunat juga digalakkan seperti tahsin Al-Quran setiap pagi selepas solat Subuh,solat sunat hajat dan taubat,bacaan Ma'thurat dan zikir-zikir harian.Tazkirah juga disampaikan oleh pelajar-pelajar sendiri melalui ASiS Islamic Council (AIC).

7.Di ASiS, pelajar-pelajar berpeluang untuk belajar berdikari, yakni menguruskan diri sendiri sebermulanya dari bangkit seawal jam 5.30 pagi,hinggalah waktu light-off pada jam 11.30 malam.Ini termasuklah peluang untuk bangkit awal,bersiap-siap untuk ke kelas,membasuh baju sendiri,dan kemudiannya menepati masa untuk ke menghadiri kelas,mesyuarat persatuan,dan juga ke surau untuk solat.Mungkin pelajar-pelajar yang baru masuk,terutamanya bagi mereka yang tidak pernah tinggal di asrama akan merasa sedikit janggal,tetapi lama-kelamaan ia pasti akan menjadi suatu kebiasaan.Bak kata keramat Ustaz Khiruddin Awang, "Betulkan yang biasa,biasakan yang betul".

ASiSKL

8.Prestasi akademik ASiS sentiasa cemerlang setiap tahun.Semenjak dari tahun 2005, ASiS tidak pernah lagi terkeluar daripada senarai lima buah SBP yang terbaik di dalam keputusan SPM yang diumumkan.

9.ASiS selalu dikunjungi oleh bekas pelajar-pelajarnya sama ada yang sedang menuntut di dalam mahupun di luar negara.Mereka tidak hanya datang untuk menziarahi sekolah dan juga guru-guru yang pernah mengajar mereka suatu ketika dahulu,malahan bertemu dengan pelajar-pelajar ASiS untuk menceritakan pengalaman mereka dan memberi kata-kata perangsang dan motivasi bagi menguatkan semangat untuk belajar di ASiS ini.

Photobucket

10.Akhir sekali, pengalaman di ASiS akan jadi lebih bermakna dengan wujudnya semangat setiakawan dan ukhuwwah di antara pelajar tanpa mengira latar belakang dan tempat asal mereka datang.Semangat ASiSian ini diterjemahkan di dalam kehidupan seharian seperti tolong menolong di dalam akademik dan pengurusan seharian di asrama.Semangat ini Insya Allah,tidak akan hilang selagi ASiS masih wujud.

Akhirul kalam, saya ingin memetik kata-kata saudara Abd Qayyum Abd Najib,bekas pelajar ASiS yang baru sahaja menamatkan pengajian di ASiS pada tahun lepas;

"ASiS tempat mengenali diri sendiri...erti kehidupan...dan persahabatan..Thanks ASiS....ASiS sentiasa di hati..:D"


NADLY AIZAT
OASiS0405

7 comments:

Haziq Al-Fateh said...

mmg gempak...speechless !

Anonymous said...

Nice job bro...

FaES said...

nice2...didnt know that uve been maintaining this blog for so long...i think u better put a caption below each picture to give meaning to what had been done...

overall, nice work! =)

Veylan 08/09 said...

nice. I love ASiS..!!!

hasyum sudeyh said...

tie biru?? x.x

Nazrin Syafiq said...

tie biru tu tie batch ke-6, batch sa[Vi]our..

Anonymous said...

All the best👍.. kp the strong Vibes..!💪🏻Wellness .!!

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails