Friday, July 5, 2013

OASiS Di Persada Nyanyian Antarabangsa

Mungkin masih ada yang belum mengenali insan ini. Sebenarnya, dia telah membawa nama Malaysia amnya dan OASiS khususnya ke tahap antarabangsa dalam bidang nyanyian, menerusi Awakening Talent Contest anjuran Awakening Records di laman YouTube. Dialah.. Hafiz Zainal!



Gambar diambil ketika Majlis Makan Malam Amal & Anugerah Cemerlang, 2009

Serba sedikit biodata Hafiz Zainal:

Nama : Muhammad Hafiz bin Zainal

Asal : Johor Bahru, Johor

Umur : 21

Batch : Sa[VI]Our (OASiS 0809)

Sedang belajar di Alexandria University, Mesir pada tahun ke-2

Hafiz Zainal bukan sahaja cemerlang dalam bidang nyanyian, bahkan dalam akademik juga, beliau mencapai keputusan yang membanggakan. Dengan berbekalkan keputusan 10A dalam Sijil Pelajaran Malaysia (SPM), Hafiz kemudiannya melanjutkan pelajaran ke Pusat Asasi Sains Universiti Malaya (PASUM). Kemudian, beliau mendapat tawaran ke Alexandria University, dan dia sana, dia masih mengekalkan trend kecemerlangan dalam kedua-dua bidang, iaitu bidang akademik dan bidang ko-akademik. Dia merupakan salah seorang pelajar terbaik dalam kelasnya, dan sering kali mendapat anugerah atas pencapaiannya.

Di ASiS, beliau kerap kali diundang untuk membuat persembahan dalam majlis rasmi sekolah. Hafiz Zainal yang juga merupakan ahli Graha Warisan ASiS, sering mewakili rumah Syahbandar dalam pertandingan nyanyian dan nasyid, bila mana ada pertandingan. Setiap kali, kemenangan pasti berpihak kepadanya. Selain berkebolehan dalam nyanyian, dia juga berbakat dalam pembacaan sajak, puisi dan juga mengalunkan azan. Tiada ragu lagi, Hafiz Zainal bijak menggunakan bakat yang ada untuk menyerlahkan potensi diri.

Hafiz Zainal (kanan) bersama 'Isa Zulakmal (kiri) mendeklamasikan sajak sempena Malam Ambang Kemerdekaan di ASiS, 2008

Persembahan di Angkasapuri sewaktu Malam Debat Kemerdekaan, 2008

Sebenarnya, entri ini ditulis khas untuk menghebahkan bakat seorang bekas pelajar ASiS yang semakin giat menghasilkan video-video nyanyian yang berkualiti dalam laman YouTube. Dia telah mencuba nasib dalam Awakening Talent Contest ini dan kini, daripada lebih 700 penyertaan dari pelbagai negara, tinggal 3 orang sahaja yang masih bertahan dalam kelompok tiga terbaik. Dengan menyanyikan lagu 'Always Be There' oleh Maher Zain dan lagu 'Hero' oleh Mariah Carey, berikut adalah video yang menjadi taruhan untuk peringkat akhir ini:



Terpegun? Terpesona? Jadi, OASiS, zahirkan sokongan anda dengan membantu rakan kita ini dengan mengundi di YouTube, dengan 'like' dan komen di video tersebut. Setiap 'like' dan komen diambil kira dalam penjurian. Untuk pengetahuan anda, Maher Zain adalah salah seorang juri dalam pertandingan ini.

Cara untuk mengundi, mudah sahaja.


OASiS digalakkan untuk memberi sokongan kepada Hafiz Zainal dengan berkongsi pautan video di atas di laman sosial seperti Facebook, Twitter dan Blogger. Semoga usaha kita ini dapat membantu Hafiz Zainal untuk mengharumkan nama Malaysia dan nama OASiS. InsyaAllah, seandainya Hafiz Zainal memenangi pertandingan ini, dia bakal menerima tawaran kontrak daripada Awakening Records.

Masih tidak yakin dengan bakatnya? Sila tonton beberapa video klip yang beliau hasilkan, dan nyanyikan sendiri.

Ombak Rindu (pernah ditayangkan di Malaysia Hari ini, TV3)



 Sedetik Lebih (lebih 100,000 tontonan di YouTube)



What Makes You Beautiful:



Love You Like A Love Song:




Untuk lebih video, sila ke laman YouTube. Kami di OASiS berharap semoga Hafiz Zainal berjaya dalam pelajaran dan juga dalam bidang nyanyian. Semoga Hafiz Zainal menggunakan bakat yang terpendam itu ke jalan yang baik demi agama, bangsa, negara dan OASiS.

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails