Wednesday, February 16, 2011

ASiS Kini SBT!

Assalamualaikum w.b.t., salam sejahtera, salam 1 Malaysia.

Timbalan Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin hari ini mengumumkan 23 buah lagi Sekolah Berprestasi Tinggi (SBT) bagi kohort kedua menjadikan jumlah keseluruhannya di seluruh negara menjadi 43 buah.

Saya mewakili pihak admin blog OASiS ingin mengucapkan setinggi-tinggi tahniah dan syabas kepada sekolah kesayangan kita, Sekolah Menengah Sains Alam Shah, Kuala Lumpur, kerana telah berjaya tersenarai dalam kalangan Sekolah Berprestasi Tinggi (SBT) bagi kohort kedua.



Meskipun kita gagal untuk tersenarai dalam kohort pertama dahulu, namun kata pepatah, kalau sudah rezeki, tak ke mana. Kejayaan ASiS menempatkan diri dalam kalangan SBT kohort kedua dan juga dalam kalangan SBT yang sedia ada membuktikan bahawa ASiS adalah antara sekolah yang terhebat dalam kalangan sekolah yang terbaik di seluruh Malaysia.

Berikut adalah petikan daripada Berita Harian Online yang menyiarkan berita tentang pengumuman SBT kohort kedua :


23 sekolah lagi diiktiraf SBT 


2011/02/17

LIMBANG: Timbalan Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin hari ini mengumumkan nama 23 sekolah lagi yang diiktiraf sebagai Sekolah Berprestasi Tinggi (SBT) selepas ia didapati memenuhi kriteria yang diperlukan. 

Beliau membuat pengumuman nama-nama sekolah itu semasa melawat Sekolah Kebangsaan (SK) Ulu Lubai, kira-kira 55 kilometer dari sini, yang juga salah satu daripada sekolah yang tersenarai di bawah pengiktirafan itu.



Katanya, sekolah-sekolah itu terdiri daripada Sekolah Menengah Imtiaz, Terengganu; Sekolah Menengah Kebangsaan Jalan Empat, Selangor; Sekolah Tuanku Abdul Rahman, Perak; Sekolah Berasrama Penuh Integrasi Gombak, Selangor; Sekolah Berasrama Penuh Integrasi Kubang Pasu, Kedah; Sekolah Berasrama Penuh Integrasi Pekan, Pahang; Sekolah Menengah Sains Alam Shah, Kuala Lumpur; Sekolah Menengah Sains Tengku Muhammad Faris Petra, Kelantan; Sekolah Menengah Sains Miri, Sarawak; Sekolah Menengah Sains Seri Puteri, Kuala Lumpur; Sekolah Menengah Sains Selangor, Kuala Lumpur; Sekolah Menengah Sains Tengku Abdullah, Pahang dan Sekolah Menengah Sains Muar, Johor;
Sekolah Kebangsaan (SK) Ulu Lubai, Sarawak; SK Convent Muar, Johor; SK Seri Biram, Pahang; SK Sultan Ahmad Tajuddin, Kedah; SK Setiawangsa, Kuala Lumpur; SK (Perempuan) Methodist Kuantan, Pahang; SK Sultan Ismail, Terengganu; SK Jalan Tiga, Selangor; SJK(C) Perempuan China, Pulau Pinang dan SJK(C) Lick Hung, Selangor. 


Muhyiddin yang juga Menteri Pelajaran berkata, tahun lalu 20 sekolah diumum sebagai SBT. 


Berhubung pencapaian SK Ulu Lubai, Muhyiddin berkata, sekolah ini menunjukkan pencapaian akademik yang cemerlang sejak 2006 dengan memperolehi kelulusan 100 peratus dalam UPSR. 


Katanya, sekolah itu mengambil pelbagai inisiatif yang cukup luarbiasa sehingga membolehkan ia menjadi sekolah pedalaman pertama mendapat pengiktirafan Sekolah Berprestasi Tinggi. 
Beliau berkata, sekolah itu juga pernah memenangi dua anugerah di peringkat antarabangsa, lima anugerah peringkat kebangsaan dan 14 peringkat negeri. - BERNAMA

Pastinya kejayaan ini akan dikenang dan dibanggakan oleh seluruh warga ASiS dan juga OASiS, serta akan terus tersemat abadi dalam lipatan sejarah ASiS. Tahniah diucapkan kepada seluruh warga pendidik ASiS kerana telah menjalankan tugas dengan begitu cemerlang sehingga sekolah kita dinobatkan sebagai salah sebuah SBT. Tak ketinggalan, jutaan tahniah dan terima kasih keada seluruh warga OASiS dan pelajar ASiS daripada batch pertama hingga batch ke-9, kerana faktor kejayaan lalu kita semua dalam bidang akademik dan kokurikulum telah membantu ASiS dalam mendapat pengiktirafan sebagai SBT. Syabas juga kepada seluruh staf ASiS kerana telah menjalankan tugas dengan cekap.

Who's the best?! ASiS! ASiS! ASiS!

MUHAMMAD RASHDAN BIN ROSLAN
OASiS0809

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails