Assalamualaikum dan salam OASiS!
Alhamdulillah! Setelah selesai proses pengundian di Facebook, majoriti ahli OASiS yang mengundi telah memilih logo G untuk dijadikan logo rasmi Pertubuhan Alumni Sekolah Menengah Sains Alam Shah Kuala Lumpur (OASiS). Pereka (designer) logo tersebut ialah Saudara Khuzairi Bin Sudari, batch 4 (Rivolusis), Sarjana Muda Teknologi Kejuruteraan Kimia (Polimer) UNIKL MICET dan kini menjalani latihan industri (internship) di Ansell.
Sejuta penghargaan dirakamkan buat semua yang telah menghantar reka bentuk sebagi calon logo, serta kepada ahli OASiS yang telah mengundi. Semoga logo OASiS yang dipilih akan membakar semangat OASiS sekalian untuk terus menabur bakti kepada ASiS tercinta, untuk manfaat bersama. Tahniah semua! :)
No comments:
Post a Comment