Assalamualaikum, salam sejahtera, salam 1 Malaysia.
Saya, mewakili pihak admin blog rasmi OASiS, dengan harapan agar masih tidak terlambat untuk menyampaikan perkara ini - selamat menyambut bulan Ramadhan al-Mubarak yang penuh keberkatan ini. Semoga kita beroleh kebaikan daripada bulan Ramadhan ini, dan apabila tibanya 1 Syawal nanti, diri kita kembali bersih, dan mempunyai peningkatan berbanding waktu dulu.
Manfaatkan bulan Ramadhan ini dengan melakukan ibadat-ibadat sunat, di samping tidak melupakan ibadat-ibadat wajib, kerana pahala berlipat kali ganda ditawarkan oleh Allah S.W.T.
Akhir kalam, saya berharap agar kita semua terus diberi kekuatan untuk mengerjakan ibadat puasa dan ibadat-ibadat lain, agar kita berpeluang untuk menambah saham kita di akhirat.
MUHAMMAD RASHDAN BIN ROSLAN.
OASiS0809
No comments:
Post a Comment