Tuesday, October 11, 2011

Bonne chance SPM Candidates 2011

SPM

MOHD NADLY AIZAT MOHD NUDRI
OASiS0405.

Monday, August 29, 2011

Salam Lebaran

Assalamualaikum, salam sejahtera, salam 1 Malaysia.

Di kesempatan ini, saya mewakili para admin blog OASiS, ingin mengucapkan Selamat Hari Raya Aidilfitri, khusus kepada seluruh warga ASiS, sama ada yang masih bersama ASiS ataupun pernah bersama ASiS suatu ketika dulu.



Selepas sebulan umat Islam berpuasa, tentunya hari raya Aidilfitri diraikan sebagai tanda kemenangan, setelah sebulan menahan hawa nafsu dan jugak menahan lapar dan dahaga. Tibanya Syawal, diharapkan agar kita menjadi insan yang lebih baik setelah tamat 'pengajian' di 'sekolah' Ramadhan.

Sempena musim perayaan ini, ambillah kesempatan untuk menziarahi kaum keluarga, kaum kerabat dan juga sahabat handai, supaya hubungan silaturrahim dapat diteguhkan. Yang jauh didekatkan, yang dekat dieeratkan. Bagi yang memandu pulang ke kampung, pandulah dengan berhati-hati, semoga selamat sampai walau ke mana jua pun destinasi yang dituju. Jangan jadikan jalan raya sebagai pusara maut.

Antara ucapan yang telah disampaikan oleh warga ASiS di group rasmi ASiS di Facebook, rangkumannya:

Ustaz Khiruddin, Timbalan Pengetua (Hal Ehwal Murid):

Salam dari perantauan pun ada, ini dari saudara Nadly Aizat, batch ke-2:


Guru yang pernah berkhidmat di ASiS juga tidak ketinggalan memberi ucapan. Puan Syazliyana Sahrani, bekas kaunselor ASiS, berkhidmat dari 2009 - 2011, kini berkhidmat di SM Sains Tuanku Munawir (SASER).


Sebagai tanda ingatan buat kita, jangan alpa dalam kemeriahan Aidilfitri. Ingatan dari Nur Mohamad Adli, batch ke-4:


Bekas pelajar yang bukan Islam turut sama mengucapkan Selamat Hari Raya.

Veylan Kumar, batch ke-6.

Calvin Yong, batch ke-5.


Antara ucapan lain pula:

Dari Ahmad Amzar Ahmad Azlan, batch ke-5:


Muhammad Nurfahmin (Muhammad Peacemaker), batch ke-7:


Muhammad Aliff Fauzan, batch ke-9:


Akhir kalam, semoga hari raya kali mendatangkan semangat dan inspirasi kepada kita, supaya menjadi insan yang lebih bertakwa kepada Allah S.W.T., mudah-mudahan kita beroleh keberkatan daripadaNya. Salam Lebaran buat seluruh warga ASiS!

MUHAMMAD RASHDAN BIN ROSLAN
OASiS0809

Wednesday, August 3, 2011

Marhaban Ya Ramadhan

Assalamualaikum, salam sejahtera, salam 1 Malaysia.


Saya, mewakili pihak admin blog rasmi OASiS, dengan harapan agar masih tidak terlambat untuk menyampaikan perkara ini -  selamat menyambut bulan Ramadhan al-Mubarak yang penuh keberkatan ini. Semoga kita beroleh kebaikan daripada bulan Ramadhan ini, dan apabila tibanya 1 Syawal nanti, diri kita kembali bersih, dan mempunyai peningkatan berbanding waktu dulu.






Manfaatkan bulan Ramadhan ini dengan melakukan ibadat-ibadat sunat, di samping tidak melupakan ibadat-ibadat wajib, kerana pahala berlipat kali ganda ditawarkan oleh Allah S.W.T.


Akhir kalam, saya berharap agar kita semua terus diberi kekuatan untuk mengerjakan ibadat puasa dan ibadat-ibadat lain, agar kita berpeluang untuk menambah saham kita di akhirat.


MUHAMMAD RASHDAN BIN ROSLAN.
OASiS0809

Saturday, June 11, 2011

Mesyuarat Jawatankuasa Penaja Penubuhan Alumni SM Sains Alam Shah

Assalamualaikum, salam sejahtera, salam 1 Malaysia.

Adalah dengan ini, sukacita dimaklumkan bahawa mesyuarat jawatan kuasa penaja penubuhan alumni SM Sains Alam Shah (ASiS) akan diadakan. Maklumat mesyarat adalah seperti yang berikut:

Tarikh : 18 Jun 2011


Tempat : Bilik Gerakan SM Sains Alam Shah


Waktu : 10 pagi - 1 tengah hari


Agenda:
1. Pemilihan Jawatankuasa Penaja Alumni
2. Penggubalan Perlembagaan Alumni SM Sains Alam Shah

Besarlah harapan penganjur untuk mengalu-alukan kehadiran seluruh bekas pelajar ASiS dari batch pertama sehingga yang terkini. Kepada warga OASiS yang tidak berkesempatan untuk menghadirkan diri atas sebab kekangan masa dan jarak yang menjadi pemisah, ataupun terikat dengan komitmen lain, semoga anda mengikuti perkembangan mesyuarat ini demi kebaikan kita bersama, sebagai satu unit yang bakal menjadi teras dan tulang belakang untuk ASiS dalam misinya, Menzahirkan Pemimpin Bertaraf Dunia!



Don't forget your roots, dudes!

MUHAMMAD RASHDAN BIN ROSLAN.
OASiS0809

Tuesday, March 8, 2011

Majlis Persaraan Ayahanda Pengetua

Assalamualaikum, salam sejahtera, salam 1 Malaysia.
Pihak sekolah akan mengadakan satu Majlis Persaraan Tuan Pengetua pada 22 Mac 2011 nanti. Berikut adalah tentatif aturcara majlis.
ATURCARA MAJLIS
8.00 pg Pendaftaran tetamu jemputan
8.15 pg Ketibaan tetamu VIP
8.30 pg Ketibaan Pengetua
Pemeriksaan barisan
Jamuan ringan
Perarakan masuk ke dewan
Nyanyian lagu Negaraku
Bacaan Doa
Persembahan multimedia
Ucapan wakil pelajar
Ucapan wakil guru/staf ASiS
Ucapan YDP PIBG
Ucapan Pengarah SBP
Ucapan Pengetua
Persembahan (1)
Upacara memotong kek
Penyampaian hadiah
Persembahan (2)
11.00 pg Lambaian kasih
Sebarang pertanyaan untuk majlis diatas, sila hubungi
1. Pejabat Sekolah 03-91315014
2. Penolong Kanan 1, En Razmi bin Abd Razak 016-6988931


Jadi, kepada sesiapa yang berkesempatan, dijemput hadir bagi memeriahkan lagi majlis ini. Sesungguhnya besar harapan guru-guru untuk melihat ramai OASiS hadir ke majlis persaraan pengetua pertama sekolah kita. Kenangan baru dalam lipatan sejarah ASiS bakal terpahat pada 22 Mac ini.

MUHAMMAD RASHDAN BIN ROSLAN
OASiS0809

Wednesday, February 16, 2011

ASiS Kini SBT!

Assalamualaikum w.b.t., salam sejahtera, salam 1 Malaysia.

Timbalan Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin hari ini mengumumkan 23 buah lagi Sekolah Berprestasi Tinggi (SBT) bagi kohort kedua menjadikan jumlah keseluruhannya di seluruh negara menjadi 43 buah.

Saya mewakili pihak admin blog OASiS ingin mengucapkan setinggi-tinggi tahniah dan syabas kepada sekolah kesayangan kita, Sekolah Menengah Sains Alam Shah, Kuala Lumpur, kerana telah berjaya tersenarai dalam kalangan Sekolah Berprestasi Tinggi (SBT) bagi kohort kedua.



Meskipun kita gagal untuk tersenarai dalam kohort pertama dahulu, namun kata pepatah, kalau sudah rezeki, tak ke mana. Kejayaan ASiS menempatkan diri dalam kalangan SBT kohort kedua dan juga dalam kalangan SBT yang sedia ada membuktikan bahawa ASiS adalah antara sekolah yang terhebat dalam kalangan sekolah yang terbaik di seluruh Malaysia.

Berikut adalah petikan daripada Berita Harian Online yang menyiarkan berita tentang pengumuman SBT kohort kedua :


23 sekolah lagi diiktiraf SBT 


2011/02/17

LIMBANG: Timbalan Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin hari ini mengumumkan nama 23 sekolah lagi yang diiktiraf sebagai Sekolah Berprestasi Tinggi (SBT) selepas ia didapati memenuhi kriteria yang diperlukan. 

Beliau membuat pengumuman nama-nama sekolah itu semasa melawat Sekolah Kebangsaan (SK) Ulu Lubai, kira-kira 55 kilometer dari sini, yang juga salah satu daripada sekolah yang tersenarai di bawah pengiktirafan itu.



Katanya, sekolah-sekolah itu terdiri daripada Sekolah Menengah Imtiaz, Terengganu; Sekolah Menengah Kebangsaan Jalan Empat, Selangor; Sekolah Tuanku Abdul Rahman, Perak; Sekolah Berasrama Penuh Integrasi Gombak, Selangor; Sekolah Berasrama Penuh Integrasi Kubang Pasu, Kedah; Sekolah Berasrama Penuh Integrasi Pekan, Pahang; Sekolah Menengah Sains Alam Shah, Kuala Lumpur; Sekolah Menengah Sains Tengku Muhammad Faris Petra, Kelantan; Sekolah Menengah Sains Miri, Sarawak; Sekolah Menengah Sains Seri Puteri, Kuala Lumpur; Sekolah Menengah Sains Selangor, Kuala Lumpur; Sekolah Menengah Sains Tengku Abdullah, Pahang dan Sekolah Menengah Sains Muar, Johor;
Sekolah Kebangsaan (SK) Ulu Lubai, Sarawak; SK Convent Muar, Johor; SK Seri Biram, Pahang; SK Sultan Ahmad Tajuddin, Kedah; SK Setiawangsa, Kuala Lumpur; SK (Perempuan) Methodist Kuantan, Pahang; SK Sultan Ismail, Terengganu; SK Jalan Tiga, Selangor; SJK(C) Perempuan China, Pulau Pinang dan SJK(C) Lick Hung, Selangor. 


Muhyiddin yang juga Menteri Pelajaran berkata, tahun lalu 20 sekolah diumum sebagai SBT. 


Berhubung pencapaian SK Ulu Lubai, Muhyiddin berkata, sekolah ini menunjukkan pencapaian akademik yang cemerlang sejak 2006 dengan memperolehi kelulusan 100 peratus dalam UPSR. 


Katanya, sekolah itu mengambil pelbagai inisiatif yang cukup luarbiasa sehingga membolehkan ia menjadi sekolah pedalaman pertama mendapat pengiktirafan Sekolah Berprestasi Tinggi. 
Beliau berkata, sekolah itu juga pernah memenangi dua anugerah di peringkat antarabangsa, lima anugerah peringkat kebangsaan dan 14 peringkat negeri. - BERNAMA

Pastinya kejayaan ini akan dikenang dan dibanggakan oleh seluruh warga ASiS dan juga OASiS, serta akan terus tersemat abadi dalam lipatan sejarah ASiS. Tahniah diucapkan kepada seluruh warga pendidik ASiS kerana telah menjalankan tugas dengan begitu cemerlang sehingga sekolah kita dinobatkan sebagai salah sebuah SBT. Tak ketinggalan, jutaan tahniah dan terima kasih keada seluruh warga OASiS dan pelajar ASiS daripada batch pertama hingga batch ke-9, kerana faktor kejayaan lalu kita semua dalam bidang akademik dan kokurikulum telah membantu ASiS dalam mendapat pengiktirafan sebagai SBT. Syabas juga kepada seluruh staf ASiS kerana telah menjalankan tugas dengan cekap.

Who's the best?! ASiS! ASiS! ASiS!

MUHAMMAD RASHDAN BIN ROSLAN
OASiS0809

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails