Friday, May 7, 2010

Majlis Makan Malam Amal dan Anugerah Cemerlang ASiS 2010

Assalamualaikum dan Salam 1 Malaysia,

Pada 1 Mei yang lalu, telah diadakan Majlis Makan Malam Amal dan Anugerah Cemerlang ASiS 2010 (MMA) bertempat di dataran ASiS, Sekolah Menengah Sains Alam Shah, Kuala Lumpur. Tujuan program tahunan ini diadakan ialah untuk mengutip dana bagi pihak PIBG dan sekolah amnya. Selain itu, majlis ini bertujuan untuk meraikan pelajar-pelajar tingkatan 5 ASiS yang cemerlang di dalam peperiksaan diagnostik dan juga generasi OASiS ke-enam (SaVIours) yang berjaya di dalam peperiksaan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) 2009 yang lalu.

Panorama MMA
Para tetamu yang hadir pada majlis ini.

MMA ASiS 030
Tetamu-tetamu kehormat.

Majlis yang diadakan secara sederhana tetapi meriah ini telah dirasmikan oleh Yang Berbahagia Dato' Hafsah Hashim, Ketua Pegawai Eksekutif SMIDEC. Aturcara pada malam itu bermula dengan ucapan dari Tuan Pengetua, Pengerusi PIBG dan seterusnya tetamu kehormat yang kemudiannya merasmikan majlis ini. Majlis pada kali ini menurut Tuan Pengetua, agak kurang "grand" berbanding tahun-tahun yang sebelumnya kerana ketiadaan penaja dan keadaan ekonomi yang agak meleset masa kini.

MMA ASiS 028
Ucapan oleh Dato' Hafsah Hashim

MMA ASiS 044
Perasmian yang disempurnakan oleh tetamu kehormat.

Para tetamu kemudiannya dijemput untuk menjamu selera, sambil diiringi dengan persembahan caklempong. Penyampaian hadiah bermula dengan anugerah cemerlang bagi pelajar-pelajar tingkatan 5 ASiS bagi peperiksaan Diagnostik tahun lepas. Penyampaian hadiah terhenti seketika untuk persembahan zapin.

MMA ASiS 034
SaVIours yang hadir untuk menerima anugerah.

MMA ASiS 046
Persembahan Caklempong oleh pelajar-pelajar ASiS

MMA ASiS 095
Zapin.

Anugerah berikutnya disampaikan kepada panitia terbaik, iaitu Panitia Sejarah dan Biologi. Panitia Sejarah telah memperoleh anugerah yang sama selama 4 tahun berturut-turut. Dan bagi subjek Biologi, ASiS telah mendapat tempat kedua di dalam ranking SBP. Anugerah Khas Pengetua pula telah dianugerahkan kepada Puan Norzila Binti Ali Musa yang telah menunjukkan prestasi terbaik sepanjang tempoh mengajar di ASiS ini.

MMA ASiS 064
Panitia Terbaik 2009, Panitia Sejarah

Penyampaian anugerah untuk generasi OASiS ke-enam (SaVIours) bermula selepas persembahan nyanyian solo. Ia dimulakan dengan anugerah untuk pelajar-pelajar yang memperolehi 9A dan seterusnya 10A di dalam SPM 2009.

MMA ASiS 121

Acara kemuncak di dalam majlis ini ialah penyampaian anugerah kepada pelajar cemerlang SPM 2009, iaitu Irsyad Noor Abadi dan Jeremy Wee Jin Shern. Mereka berdua mendapat 10A+ dan saudara Irsyad telah diumumkan sebagai pelajar terbaik seluruh Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur.

MMA ASiS 204
Tahniah buat saudara Irsyad Khairil dan keluarganya.

Bagi pihak admin OASiSKL, kami mengucapkan setinggi-tinggi ucapan tahniah kepada SaVIours yang berjaya di dalam peperiksaan SPM yang lepas. Biarpun tiada sejumlah wang ringgit sebagai hadiah pada tahun ini, namun apalah sangat duit tersebut berbanding ilmu dan pengetahuan yang anda timba sepanjang bergelar pelajar ASiS. Bahkan ilmu yang diperoleh inilah sebenarnya yang mampu menjana bukan sahaja wang ringgit, malahan kejayaan demi kejayaan di masa hadapan kalian semua, Insya Allah. .


Mohd Nadly Aizat Mohd Nudri
~OASiS0405~


No comments:

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails