Wednesday, May 12, 2010

Syabas Kepada Sa[VI]our!


Assalamualaikum dan salam 1 Malaysia.

Jutaan ucapan tahniah dan syabas diucapkan kepada seluruh warga OASiS batch ke-6 atau lebih dikenali sebagai Sa[VI]our yang telah berjaya menempatkan diri ke Institusi Pengajian Tinggi Awam (IPTA) dan Kolej Matrikulasi di Malaysia.

Ramai juga warga Sa[VI]our yang telah ditawarkan untuk melanjutkan pelajaran mereka di IPTA yang terkemuka di tanah air ini dalam program asasi dan juga diploma. Antara universiti yang bakal dihuni oleh warga Sa[VI]our adalah Universiti Malaya, Universiti Teknologi MARA, Universiti Islam Antarabangsa Malaysia, Universiti Teknologi Malaysia, Universiti Pertahanan Nasional Malaysia, Universiti Putra Malaysia, Universiti Malaysia Perlis, dan Universiti Malaysia Sarawak. Tarikh pendaftaran bagi program asasi adalah pada sekitar 22 dan 23 Mei 2010, manakala bagi program diploma pula adalah pada pertengahan bulan Jun nanti.



Tidak kurang juga, ada antara warga Sa[VI]our yang memilih untuk melanjutkan pelajaran mereka di kolej-kolej matrikulasi. Mereka telah memulakan pengajian mereka di Kolej Matrikulasi sejak 10 Mei 2010 lagi. Mereka telah ditempatkan di pelbagai kolej matrikulasi yang terkemuka di Malaysia, antaranya Kolej Matrikulasi Negeri Sembilan, Kolej Matrikulasi Kedah, Kolej Matrikulasi Pahang, Kolej Matrikulasi Perak dan Kolej Matrikulasi Selangor.

Kepada warga Sa[VI]our, sekali lagi, bagi pihak OASiS amnya, jutaan tahniah dan syabas kepada anda semua kerana telah berjaya mendapat tempat untuk melanjutkan pelajaran anda. Ambillah peluang ini untuk anda semua merealisasikan impian masing-masing, di samping menunaikan hasrat ibu bapa dan keluarga serta guru-guru anda untuk melihat anda semua berjaya. Jadikan program yang ditawarkan itu sebagai platform atau launching pad untuk anda semua melakar kejayaan yang cemerlang, gemilang dan terbilang pada masa depan.

Walau di mana jua kita berada nanti, janganlah kita mudah alpa walaupun secemerlang mana pun kita pada masa lalu. Jagalah nama baik ASiS agar nama ASiS akan sentiasa berimej positif dan terus menjadi sebutan ramai. Pastikan yang seluruh warga ASiS akan berbangga dengan kita suatu hari nanti. Buktikan bahawa kita adalah yang terbaik, dan sama-samalah kita menjadikan hasrat ASiS iaitu untuk MENZAHIRKAN PEMIMPIN BERTARAF DUNIA supaya menjadi realiti kelak.


We are the?? Best best best!! Who’s the best?? ASiS!

[MUHAMMAD RASHDAN ROSLAN]
(OASiS 0809)

5 comments:

fif said...

haha .. rashdan jadik penulis blog ? musykil

Rashdan Roslan said...

haha.. aku da mula menceburi gak lah.. huhu

junid said...

haha..ok ape..ko xnk lak jd contributor pek..hehe

Aizat Zulkarnain said...

terbaek la saviour . ;)

Aizat Zulkarnain said...

sedih gile. yg blajar kat UTP? INTEC? KMB? KMS? dilupakan? kesian. nampak seperti perkara kecil, tapi ianya tetap mengguris hati sebilangan yg tempat belajar mereka tidak disebut. kata sama2 oasis VI, ni apa ni.

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails