Monday, May 31, 2010

Dari Asis Ke Palestin


Buat sahabat-sahabat yang ingin mengetahui perkembangan terkini mengenai Konvoi Kemanusiaan Ke Palestin, Insya Allah lebih updated daripada berita-berita di TV dan laman sesawang seperti BH Online dan Utusan Online , saya sediakan laman webnya...


Dan

Buat Insan Islam Yang Memiliki Jiwa dan Hati Bak Umar Al-Khattab r.anhu 
( Jiwa Tegas Hati Lembut)

Berdoalah Seperti Qunut Nazilah di bawah walaupun sekadar membacanya melalui internet

BISMILLAHIRRAHMANIRRAHIM
ALLAHUMMA SOLLI A'LA MUHAMMAD WA A'LA ALIHI WASOBHI WASALLIM

 
"Wahai Allah tuhan kami, turunkanlah ke atas mereka kemarahan dan kesakitan dariMu yang tidak mampu ditolak oleh kaum yang berdosa. Ya Allah, bantulah muslimin dan pejuang Islam dalam petempurannya dengan Yahudi, Ya Allah bantulah kami untuk mengalahkan mereka di mana-mana sahaja, Ya Allah tunjukkanlah kepada mereka keajaiban kuasaMu, Wahai Tuhan kami, sesungguhnya kami menjadikan-Mu sebagai pendinding (kepada musuh2) kami, dan kami berlindung dengan-Mu daripada kejahatan mereka.Wahai Tuhan kami, wahai Tuhan yang menurunkan al-Kitab (al-Quran), dan wahai yang menjalankan awan, dan wahai yang menghancurkan tentera al-Ahzab, hancurkanlah Yahudi perampas dan penjajah dan bantulah kami ke atas mereka dan goyankanlah mereka.Wahai Tuhan kami, binasakanlah kesempurnaan mereka, dan pecah-belahkanlah jemaah/kesatuan mereka, dan gagapkanlah perkataan mereka (melalutkan kereka), pecah belahkanlah hati-hati mereka, goyahkanlah pendirian mereka, dan hantarkanlah anjing ke atas mereka dari anjing-anjing suruhanMu, wahai Tuhan Yang Maha Gagah Perkasa, wahai Tuhan Yang Maha Berani, wahai Tuhan Yang Maha Berdendam"

Saturday, May 29, 2010

Dari-Ku Untuk-Mu Guru


Assalamualaikum buat Semua Asisians dan juga Oasisians!
Rasanya masih tidak terlambat buat Blogger Oasis ini mengucapkan 

"SELAMAT HARI GURU"


Buat Semua Insan bergelar Pendidik 

Tidak kira Panggilan apapun...(cikgu, guru, ustaz, murobbi, mursyid, mu'allim, mu'addib, muddaris, teacher, lecturer, academician, coach, director, don, educator, educationalist, fellow, instructor, mentor, pedagogue, trainer, tutor, dll)

Tidak kira Tempat apapun...(sekolah, tadika, tuisyen, rumah, dll)

Tidak kira Jenis Sekolah apapun...(SBP, MRSM, SMK, SMKA, SAM, SMA, dll)


Tidak kira Subjek apapun...(BM, BI, MATH, SEJ, FIZ, KIM, BIO, PJK, EST, PAI, GEO, dll) 

Tidak kira Pangkat apapun...(Pengetua, Penolong Kanan, Guru Disiplin, Ketua Guru Rumah, Guru Kelas, dll)

Tidak kira Taraf apapun...(DG48, DG52, dll)

Anda semua pastinya mendapat tempat di hati kami. Kerana berjaya menempatkan kami di tempat yang berjaya. Berjaya merubah kami ( dengan izin Allah) from zero to hero.

Paling penting anda semua mendapat tempat di sisi Tuhan. Moga keberkatan hidup dan kejayaan hidup sentiasa mendampingi anda semua.

"Dan hendaklah engkau merendah diri kepada keduanya kerana belas kasihan dan kasih sayangmu dan doakanlah (untuk mereka, dengan berkata): Wahai Tuhanku! Cucurilah rahmat kepada mereka berdua sebagaimana mereka telah mencurahkan kasih sayangnya memelihara dan mendidikku semasa kecil" (Al-Isra' 17:24)

p/s: Doa ini memang untuk kedua ibu bapa kita. Tapi, tak salah rasanya kalau kita berdoa seperti ayat di atas untuk semua guru kita.

Ustaz English, English!
Jaga Adab , Bertambah Berkat
1001 Perkataan Arab Seerti Guru 

Wednesday, May 12, 2010

Syabas Kepada Sa[VI]our!


Assalamualaikum dan salam 1 Malaysia.

Jutaan ucapan tahniah dan syabas diucapkan kepada seluruh warga OASiS batch ke-6 atau lebih dikenali sebagai Sa[VI]our yang telah berjaya menempatkan diri ke Institusi Pengajian Tinggi Awam (IPTA) dan Kolej Matrikulasi di Malaysia.

Ramai juga warga Sa[VI]our yang telah ditawarkan untuk melanjutkan pelajaran mereka di IPTA yang terkemuka di tanah air ini dalam program asasi dan juga diploma. Antara universiti yang bakal dihuni oleh warga Sa[VI]our adalah Universiti Malaya, Universiti Teknologi MARA, Universiti Islam Antarabangsa Malaysia, Universiti Teknologi Malaysia, Universiti Pertahanan Nasional Malaysia, Universiti Putra Malaysia, Universiti Malaysia Perlis, dan Universiti Malaysia Sarawak. Tarikh pendaftaran bagi program asasi adalah pada sekitar 22 dan 23 Mei 2010, manakala bagi program diploma pula adalah pada pertengahan bulan Jun nanti.



Tidak kurang juga, ada antara warga Sa[VI]our yang memilih untuk melanjutkan pelajaran mereka di kolej-kolej matrikulasi. Mereka telah memulakan pengajian mereka di Kolej Matrikulasi sejak 10 Mei 2010 lagi. Mereka telah ditempatkan di pelbagai kolej matrikulasi yang terkemuka di Malaysia, antaranya Kolej Matrikulasi Negeri Sembilan, Kolej Matrikulasi Kedah, Kolej Matrikulasi Pahang, Kolej Matrikulasi Perak dan Kolej Matrikulasi Selangor.

Kepada warga Sa[VI]our, sekali lagi, bagi pihak OASiS amnya, jutaan tahniah dan syabas kepada anda semua kerana telah berjaya mendapat tempat untuk melanjutkan pelajaran anda. Ambillah peluang ini untuk anda semua merealisasikan impian masing-masing, di samping menunaikan hasrat ibu bapa dan keluarga serta guru-guru anda untuk melihat anda semua berjaya. Jadikan program yang ditawarkan itu sebagai platform atau launching pad untuk anda semua melakar kejayaan yang cemerlang, gemilang dan terbilang pada masa depan.

Walau di mana jua kita berada nanti, janganlah kita mudah alpa walaupun secemerlang mana pun kita pada masa lalu. Jagalah nama baik ASiS agar nama ASiS akan sentiasa berimej positif dan terus menjadi sebutan ramai. Pastikan yang seluruh warga ASiS akan berbangga dengan kita suatu hari nanti. Buktikan bahawa kita adalah yang terbaik, dan sama-samalah kita menjadikan hasrat ASiS iaitu untuk MENZAHIRKAN PEMIMPIN BERTARAF DUNIA supaya menjadi realiti kelak.


We are the?? Best best best!! Who’s the best?? ASiS!

[MUHAMMAD RASHDAN ROSLAN]
(OASiS 0809)

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails