Wednesday, June 19, 2013

Sedekad ASiS Terbilang 2003 - 2013

Pada hari Jumaat 14 Jun hingga Ahad 16 Jun yang lalu, telah diadakan sambutan Sedekad ASiS Terbilang bertempat di SM Sains Alam Shah, Kuala Lumpur. Sambutan anjuran OASiS dengan kerjasama dari pihak pentadbiran ASiS dan PIBG ASiS ini diadakan untuk meraikan kejayaan demi kejayaan terbilang ASiS semenjak penubuhannya 10 tahun yang lalu. Antara pengisian utama yang telah dianjurkan ialah:

1) Majlis Bacaan Yasin dan Tahlil serta Doa Selamat (Jumaat 14 Jun 2013)

2) Larian Sedekad ASiS Terbilang (Sabtu 15 Jun 2013)

3) Hari Karnival ASiS (Sabtu 15 Jun 2013)

4) Perlawanan persahabatan ragbi antara OASiS RC dengan ASiS RC (Sabtu 15 Jun 2013)

5) Kembara Ilmu dan Kerjaya (Ahad 16 Jun 2013).


Majlis Bacaan Yasin dan Tahlil serta Doa Selamat (Jumaat 14 Jun 2013)

Pengisian pertama bagi sambutan ini telah disertai oleh semua pelajar ASiS dan telah dihadiri sejumlah bekas pelajar ASiS serta jemputan khas mantan pengetua ASiS, Tuan Haji Mohd Idrus Bin Abd Hamid, mantan Penolong Kanan Hal Ehwal Pelajar, Encik Ahmad Shafrin Bin Abd Aziz, YDP PIBG Dr Mohd Hafiz Bin Mohd Ali dan beberapa orang AJK PIBG.

Majlis ini dimulakan pada jam 7.30 malam dengan solat Maghrib secara berjemaah, dan kemudiannya diadakan solat hajat yang diimamkan oleh Presiden OASiS, saudara Suhaib Zaihan. Ustaz Yusri Yunos pula mengetuai bacaan Yasin dan Tahlil serta doa selamat. Sementara menantikan solat Isyak, YDP PIBG iaitu Dr Mohd Hafiz menyampaikan sedikit ucapan dan diikuti pengisian ilmu oleh saudara Zulfadli Zakaria, ahli Majlis Tertinggi OASiS. Majlis tamat sekitar jam 9.15 malam dan sedikit jamuan ringan diadakan di dewan makan.

Sedekad Terbilang ASiS 2003-2013
Pelajar -pelajar ASiS yang hadir pada majlis malam tersebut.


Sedekad Terbilang ASiS 2003-2013
Ustaz Yusri mengetuai bacaan Yasin dan Tahlil.


Sedekad Terbilang ASiS 2003-2013
YDP PIBG ASiS, Dr Mohd Hafiz menyampaikan ucapan.


Sedekad Terbilang ASiS 2003-2013
Pengisian Ilmu oleh saudara Zulfadli Zakaria


Sedekad Terbilang ASiS 2003-2013
Mantan Pengetua ASiS, Tuan Haji Idrus Bin Abd Hamid turut sama-sama hadir dalam majlis malam ini.


Sedekad Terbilang ASiS 2003-2013
Jamuan ringan di dewan makan setelah selesai majlis pada malam tersebut.


Sedekad Terbilang ASiS 2003-2013
Bergambar bersama-sama setelah selesai jamuan ringan.



Larian Sedekad ASiS Terbilang (Sabtu 15 Jun 2013)

Acara larian bersempena dengan sambutan Sedekad ASiS Terbilang ini bermula pada jam 7.30 pagi dengan pendaftaran peserta. Akibat berlaku beberapa perkara yang tidak dapat dielakkan, laluan untuk larian yang sepatutnya diadakan sekitar Bandar Tun Razak terpaksa diubah ke dalam kawasan sekolah. Seramai kira-kira 200 orang peserta yang terdiri daripada pelajar-pelajar dan bekas pelajar ASiS telah mengambil bahagian dalam acara pada pagi tersebut. Larian dirasmikan oleh mantan pengetua, Tuan Haji Mohd Idrus Bin Abdul Hamid.

Sedekad Terbilang ASiS 2003-2013 - Larian
Sekitar meja pendaftaran peserta.


Sedekad Terbilang ASiS 2003-2013 - Larian
Sesi regangan sebelum larian bemula.


Sedekad Terbilang ASiS 2003-2013 - Larian
Pengarah aktiviti larian, saudara Izzat A Rahman menerangkan kepada peserta serba sedikit berkenaan dengan aktiviti pagi tersebut.


Sedekad Terbilang ASiS 2003-2013 - Larian
Mantan Pengetua ASiS, Tuan Haji Idrus Bin Abdul Hamid merasmikan larian Sedekad ASiS Terbilang.


Sedekad Terbilang ASiS 2003-2013 - Larian
Larian bermula.


Sedekad Terbilang ASiS 2003-2013 - Larian
Pendahulu pusingan pertama, Aiman (tingkatan 5 ASiS) diikuti kembar Hasan dan Husin. Aiman muncul pemenang keseluruhan setelah tamat larian.


Sedekad Terbilang ASiS 2003-2013 - Larian
Adik beradik Aizuddin Abdul Nasir (OASiS0304) dan Amirhakim Abdul Nasir (OASiS0910) turut sama menyertai aktiviti larian kali ini.


Sedekad Terbilang ASiS 2003-2013 - Larian
Sekitar pusingan kedua dari tiga pusingan keseluruhan larian.


Sedekad Terbilang ASiS 2003-2013 - Larian
Amirhakim Abdul Nasir (OASiS0910) menamatkan tiga pusingan larian pada pagi tersebut.


Sedekad Terbilang ASiS 2003-2013 - Larian
"Pose" istimewa dari pelajar ASiS yang berjaya menamatkan larian.

Setelah selesai larian, upacara penyampaian hadiah telah diadakan di pentas berhadapan Dataran ASiS. Sebanyak 30 medal dan sijil penyertaaan telah disampaikan kepada 15 pelajar ASiS yang terawal menamatkan larian dan juga kepada 15 bekas pelajar ASiS yang terawal. Hadiah disampaikan oleh Guru Penolong Kanan Hal Ehwal Ko-Kurikulum, Encik Rijaludin Bin Che Mat.

Sedekad Terbilang ASiS 2003-2013 - Larian


Sedekad Terbilang ASiS 2003-2013 - Larian


Sedekad Terbilang ASiS 2003-2013 - Larian
Para pemenang dan urusetia larian bergambar beramai-ramai setelah selesai upacara penyampaian hadiah.



Hari Karnival ASiS (Sabtu 15 Jun 2013)

Pada hari yang sama, telah diadakan Hari Karnival ASiS 2013. Acara tahunan ini disertai oleh persatuan persatuan ko-kurikulum dan rumah rumah sukan bagi mengumpul dana untuk organisasi masing-masing. Program bermula seawal jam 9 pagi dan berakhir sekitar jam 5 petang. 

Pada acara kali ini, kebanyakan gerai didirikan di Dataran ASiS. Kebanyakan daripada gerai tersebut menjual makanan dan minuman dan selebihnya berbentuk perkhidmatan, permainan dan "amusement" seperti "Car Wash" di bahagian parkir berhadapan surau, Rumah Hantu di bilik peperiksaan bersebelahan kantin dan juga "Wii/Kinect" di Dataran ASiS. 

Seperti tahun tahun sebelumnya, kebanyakan pengunjung terdiri daripada ibu bapa pelajar, bekas-bekas pelajar ASiS (OASiS) dan juga pengunjung dari sekolah-sekolah menengah yang lain. 

Sedekad Terbilang ASiS - Hari Karnival
Gerai gerai sekitar Hari Karnival ASiS 2013.


Sedekad Terbilang ASiS - Hari Karnival
Hari Karnival juga merupakan masa yang sesuai untuk bekas pelajar ASiS bertemu dan beramah mesra dengan guru-guru yang pernah mengajar mereka sepanjang berada di sini.


Sedekad Terbilang ASiS - Hari Karnival
Flash mob.


Sedekad Terbilang ASiS - Hari Karnival
Bekas pelajar ASiS yang meluangkan masa berkunjung ke Hari Karnival di ASiS.


Sedekad Terbilang ASiS - Hari Karnival
Pemandangan dari salah satu gerai jualan pada Hari Karnival.


 Sedekad Terbilang ASiS - Hari Karnival


Sedekad Terbilang ASiS - Hari Karnival



Perlawanan persahabatan ragbi antara OASiS RC dengan ASiS RC (Sabtu 15 Jun 2013)

Pada sebelah petangnya telah diadakan perlawanan persahabatan ragbi di antara dua pasukan bekas pelajar ASiS (OASiS RC dan Batch 8 RC) dengan dua pasukan pelajar ASiS (Tingkatan 4 dan 5). OASiS RC berdepan dengan pelajar Tingkatan 5 manakala Batch 8 RC bertemu dengan pelajar Tingkatan 4. Berikut ialah keputusan penuh perlawanan berdasarkan jumlah try yang dihasilkan.

Batch 8 RC    1 - 0    Tingkatan 4 

OASiS RC    2 - 2    Tingkatan 5


Sedekad Terbilang ASiS 2003-2013 - Ragbi
OASiS RC.


Sedekad Terbilang ASiS 2003-2013 - Ragbi
Batch 8 RC.


Sedekad Terbilang ASiS 2003-2013 - Ragbi
Warming up.


Sedekad Terbilang ASiS 2003-2013 - Ragbi
Main touch rugby dulu sebagai warm up sebelum perlawanan.


Sedekad Terbilang ASiS 2003-2013 - Ragbi


Sedekad Terbilang ASiS 2003-2013 - Ragbi


Sedekad Terbilang ASiS 2003-2013 - Ragbi


Sedekad Terbilang ASiS 2003-2013 - Ragbi


Sedekad Terbilang ASiS 2003-2013 - Ragbi
Try ke dua oleh OASiS RC untuk menyamakan kedudukan dengan Tingkatan 5 ASiS.


Sedekad Terbilang ASiS 2003-2013 - Ragbi


Sedekad Terbilang ASiS 2003-2013 - Ragbi
Bergambar beramai-ramai sesudah tamat perlawanan.



Kembara Ilmu dan Kerjaya (Ahad 16 Jun 2013).

Tujuan program ini diadakan ialah untuk mendedahkan para pelajar Tingkatan 5 ASiS dengan halatuju selepas peperiksaan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM). Perkongsian ilmu ini diadakan bersama-sama dengan bekas-bekas pelajar ASiS yang kini melanjutkan pengajian di IPTA dalam dan luar negara serta yang telah pun berkecimpung dalam karier masing-masing. Seramai 20 orang bekas pelajar dari pelbagai latar belakang pendidikan dan karier telah turut serta dalam program pada pagi tersebut. 

Program ini terbahagi kepada dua slot, iaitu slot Akademik dan slot Kerjaya. Dalam slot Akademik yang diadakan di Dewan Besar ASiS, para pelajar diberi penerangan tentang struktur pengajian pasca SPM di dalam dan luar negara seperti program matrikulasi, asasi UiTM, A-Level dan sebagainya oleh fasilitator bertugas. 

Dalam slot kedua iaitu slot Kerjaya, para pelajar dipecahkan mengikut kumpulan-kumpulan profesion yang mereka rasakan berminat seperti perubatan, kejuruteraan, farmasi dan sebagainya, dan dalam kumpulan tersebut penerangan mengenai karier berkaitan telah diberikan oleh beberapa orang fasilitator. Pelajar juga bebas menanyakan soalan kepada fasilitator berkenaan. 

Program tamat sekitar jam 1 tengahari dan para fasilitator bergambar bersama-sama dengan para pelajar di Dataran ASiS.

Sedekad ASiS Terbilang 2003-2013 - Kembara Ilmu dan Kerjaya 2013
Saudara Aminu Razif Zainal Abidin menerangkan tentang program Asasi UiTM kepada para pelajar.


Sedekad ASiS Terbilang 2003-2013 - Kembara Ilmu dan Kerjaya 2013
Penerangan mengenai program A-Level disampaikan oleh saudara Syazwan.


Sedekad ASiS Terbilang 2003-2013 - Kembara Ilmu dan Kerjaya 2013
Sesi perkenalan semasa slot Kerjaya. Saudara Ramzi Ramli (OASiS0405).


Sedekad ASiS Terbilang 2003-2013 - Kembara Ilmu dan Kerjaya 2013
Sesi perkenalan semasa slot Kerjaya. Saudara Izzat Affandi (Jurutera).


Sedekad ASiS Terbilang 2003-2013 - Kembara Ilmu dan Kerjaya 2013
Sebahagian daripada pelajar Tingkatan 5 yang hadir dalam program ini.


Sedekad ASiS Terbilang 2003-2013 - Kembara Ilmu dan Kerjaya 2013
Kumpulan Farmasi yang dikendalikan saudara Azim Izzudin. 


Sedekad ASiS Terbilang 2003-2013 - Kembara Ilmu dan Kerjaya 2013
Kumpulan "Doktor" - Dikendalikan saudara Imran Azwan Azizan.


Sedekad ASiS Terbilang 2003-2013 - Kembara Ilmu dan Kerjaya 2013
Undang-Undang / Peguam. 


Sedekad ASiS Terbilang 2003-2013 - Kembara Ilmu dan Kerjaya 2013
Kumpulan Kejuruteraan.


Sedekad ASiS Terbilang 2003-2013 - Kembara Ilmu dan Kerjaya 2013
Bergambar beramai-ramai.




Dengan berakhirnya program Kembara Ilmu dan Kerjaya tersebut, maka berakhirlah acara Sambutan Sedekad ASiS Terbilang 2003-2013. Jutaan terima kasih diucapkan kepada semua pihak yang telah menjayakan program Sedekad ASiS Terbilang 2003-2013 terutamanya kepada pihak pentadbir sekolah, guru-guru, PIBG ASiS dan juga kepada semua OASiSian yang terlibat secara langsung dan tidak langsung. Sesungguhnya kejayaan ini tidak bermakna tanpa sokongan anda semua. Kami memohon maaf andai ada sebarang kesilapan atau kekurangan sepanjang mengendalikan sambutan ini. Harapan kami agar anda semua terus menyokong kami dalam memperkasakan OASiS dan ASiS terutamanya. 

Semoga berjumpa lagi di lain masa dan kesempatan.




7 comments:

Anonymous said...

ref ragbi pakai selipar je tu...
hahhaa...

Anonymous said...

Kabarnya alumni sekolah alam shah akan adakan program di ASiS bulan Ramadhan nanti. Harap OASiS ambil pendirian bahawa alumni sekolah alam shah tak ada kena mengena dengan ASiS kecuali bangunan sahaja - harap program jangan libatkan lansung pelajar ASiS.... ASiS tak ada kena mengena dengan ssas putrajaya atau alumni. kalau nak tumpang bangunan sekolah, lantaklah....

Anonymous said...

OASiS untuk ASiS. Sewajarnya alumni sekolah alam shah tak melibatkan adik-adik di ASiS. Semoga pentadbir ASiS dan OASiS mengambil perhatian.

Anonymous said...

TAHUN 2010 ADA MAJLIS BUKA PUASA ALUMNI SULTAN ALAM SHAH - KAMI TURUT SERTA. KHATAM QURAN, BUKA PUASA, TARAWIH & MOREH TAK ADA HAL. TAPI APER CERITA - MASA DUDUK TUNGGU NAK BUKA ADA YG CLAIM SEKOLAH KITA NI DIA PUNYA. MAK OI!!! AWAK TU DUDUK PUTRAJAYA, DISINI ASiS. TAK ADA SANGKUT-PAUT LANGSUNG. KALAU PUASA TAHUN NI DIORANG NAK BUAT PROGRAM LAGI - BAIK ASiS BOIKOT.

Anonymous said...

tukar suka sama suka, amacam? ASiS pindah Putrajaya, SSAS ambil balik sekolah lama dia kat sini.

Anonymous said...

confirm dari cerita cikgu, old boys ssas nak buat program pada 27 julai. minta-minta janganlah paksa pelajar asis ikut serta program. asis tak ada sangkut paut dengan old boys ssas. mungkin ini sekolah lama ssas, tapi sekarang sekolah ini dah jadi asis punya. asis pun dah ada old boys sendiri.

sedih dengar cerita bila old boys ssas claim bangunan sekolah asis kita ni ssas punya. macam sdar dengan saser atau ssp dengan saseri, tak pernah pulak dengar cerita sdar / ssp claim sekolah saser /saseri tu sdar / ssp punya.

nak guna bangunan atas alasan nostalgia sesekali tak apa. tapi kalau dah banyak kali, serabut juga. kita pun ada perasaan, ada sensitiviti, mula-mula dulu boleh kita alu-alukan, kalau banyak kali menyampah pulak. kita kat asis ni tak ada feel langsung dengan old boys ssas.

kita harap old boys ssas (tuan pengetua kabarnya old boys ssas?) tak payah buat program kat asis lagi, atau kalau nak buat juga, buatlah masa kita tak ada kat sekolah.

dari cerita kengkawan ssas terutamanya yg masuk sekolah di putrajaya pun sebenarnya tak setuju oldboys diorang asyik buat program di sekolah kita. tak ada connection langsung, kata diorang ni. harap kengkawan di ssas dapat minta oldboys diorang jangan kacau kita kat asis lagi.

Nadly said...

Salam,

Saya sudah pun maklumkan perkara ni kepada JK OASiS dan akan diusahakan untuk menyelesaikan perkara ni.

Cuma nasihat saya kepada anda yang berkenaan, tak perlu la tiap2 hari nak post benda yang sama kat sini. Dan anda sepatutnya memperkenalkan diri anda dari sekadar bergelar anonymous.

If you feel insecure, you can message me or message our FB Oldboys ASiS.

Cheers.

Nadly Aizat.
OASiS0405

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails