Tuesday, January 10, 2012

AGM OASiS Kali Pertama 2012

Assalamualaikum wbt dan salam sejahtera,

Pada hari Sabtu yang lepas (7hb Januari 2012), telah diadakan Mesyuarat Agung Tahunan kali pertama bagi Persatuan Alumni Sekolah Menengah Sains Alam Shah, Kuala Lumpur (OASiS) bertempat di Dewan Besar Sekolah Menengah Sains Alam Shah (ASiS). Tujuan mesyuarat ini diadakan ialah bagi melantik ahli Majlis Tertinggi Persatuan yang akan mengemudi persatuan ini, dan juga untuk membahaskan usul yang dikemukakan oleh ahli yang hadir.

Program bermula sekitar jam 1.30 petang dengan pendaftaran ahli-ahli yang tidak sempat membuat pendaftaran dalam talian sebelumnya. Beberapa tabung sumbangan juga disediakan di meja pendaftaran untuk mereka yang ingin menyumbang dalam bentuk kewangan dalam aktiviti-aktiviti tahunan sekolah.

DSC_9612

DSC_9617

DSC_9627
Sekitar meja pendaftaran.


Pada jam 2 petang, berlangsung majlis perasmian mesyuarat. Majlis ini disempurnakan oleh Tuan Haji Idrus Bin Abdul Hamid, mantan pengetua ASiS yang dijemput sebagai tetamu kehormat dalam program ini bersama-sama dengan pengetua ASiS, Encik Baharuddin Burhan. Dalam ucapan beliau, Tuan Haji Idrus menekankan peranan dan kepentingan alumni dalam membantu ke arah kejayaan sekolah, di samping menjadi medium dalam menyatukan bekas pelajar-pelajar ASiS tanpa mengira generasi. Beliau juga mengucapkan tahniah atas komitmen yang diberikan semua ahli-ahli OASiS, terutamanya kepada Jawatankuasa Penaja dan mereka yang hadir pada majlis tersebut. Pada akhir ucapannya, beliau membubarkan Jawatankuasa Penaja serta merasmikan Mesyuarat Agung Tahunan OASiS kali pertama ini. Majlis berhenti seketika untuk rehat dan bersambung sekitar jam 3 petang.

DSC_9639
Izzat A. Rahman selaku pengerusi majlis.


DSC_9652
Ketibaan tetamu kehormat, Tuan Haji Idrus Abd Hamid dan juga Encik Baharuddin Burhan.


DSC_9674
Ucapan alu-aluan dari Pengerusi Jawatankuasa Penaja OASiS, saudara Nik Mohd Irfan.


DSC_9699
Antara ahli-ahli OASiS yang hadir.


DSC_9706
Saviours.


DSC_9695
Ucapan dari Pengetua ASiS, Encik Baharuddin Burhan.


DSC_9730
Ucapan perasmian oleh mantan Pengetua ASiS, Tuan Haji Idrus Bin Abdul Hamid.


Majlis bersambung kembali pada jam 3 petang dengan slot Pelantikan Ahli Majlis Tertinggi OASiS. Alhamdulillah, walaupun tidak ramai yang dapat menghadirkan diri pada mesyuarat kali ini, jumlah yang ada cukup dan memenuhi syarat yang ditetapkan oleh Pendaftar Pertubuhan (ROS) bagi mengadakan AGM. Majlis dimulakan dengan pembentangan Laporan Tahunan OASiS bagi 2011 oleh Setiausaha Jawatankuasa Penaja OASiS, saudara Abdul Qadir Jailani. Majlis diteruskan oleh saudara Nik Mohd Irfan yang menerangkan serba sedikit tentang tatacara pelaksanaan pengundian bagi memilih ahli Majlis Tertinggi OASiS. Sesi pengundian diserahkan kepada saudara Shahairul Sairi selaku Pengerusi Sementara.

Berikut ialah ringkasan prosedur bagi pemilihan ahli Majlis Tertinggi OASiS yang diadakan:

1) Seorang ahli bangkit dan mencadangkan seorang calon yang sesuai.
2) Seorang ahli yang lain bangkit dan menyokong cadangan tersebut.
3) Jika tiada cadangan lain, seorang ahli pula bangkit dan mencadangkan supaya pencalonan ditutup.
4) Calon-calon yang dicadangkan tampil ke hadapan untuk memperkenalkan diri mereka.
5) Undian bermula. Bergantung kepada jawatan, ahli dibenarkan untuk membuat sama ada sekali ataupun dua kali undian dengan cara mengangkat tangan.
6) Calon yang mendapat undian paling banyak diisytiharkan menang jawatan tersebut.


Alhamdulillah, proses pemilihan berjalan lancar dan berikut ialah senarai ahli Majlis Tertinggi OASiS yang dipilih :

Pengerusi : Nik Mohd Irfan.
Timbalan Presiden I : Suhaib Bin Zaihan.
Timbalan Presiden II : Izzat A Rahman.
Setiausaha : Abdul Qadir Jailani.
Bendahari : Shahairul Sairi.

Semoga OASiS berjaya di bawah pimpinan mereka ini.



DSC_9773
Pembentangan Laporan Tahunan OASiS oleh saudara Abdul Qadir Jailani.


DSC_9785
Taklimat berkaitan sesi pemilihan ahli Majlis Tertinggi oleh Nik Mohd Irfan.


DSC_9801
Salah seorang ahli mencadangkan seorang calon bagi jawatan yang dipertandingkan.


DSC_9819
Sesi memperkenalkan diri oleh calon (Suhaib Zaihan).


DSC_9847
Antara calon yang bertanding bagi jawatan-jawatan dalam Majlis Tertinggi OASiS.


DSC_9856
Sesi pengundian bermula.


DSC_9877
Ahli Majlis Tertinggi OASiS yang dilantik bagi sesi 2012.


Slot terakhir dalam AGM kali ini ialah sesi pembentangan dan perbahasan usul bagi meminda perlembagaan OASiS. Cuma satu usul yang dibawa dalam mesyuarat kali ini iaitu dari saudara Nadly Aizat. Berikut ialah ringkasan daripada isi usul tersebut :

"Mengusulkan supaya keahlian bersekutu diberikan kepada bekas pelajar ASiS yang tidak tamat pengajian di ASiS / tidak menduduki SPM di ASiS."

Usul ini telah dibincang dan dibahaskan dalam mesyuarat ini, dan melalui pengundian yang diadakan, majoriti menyokong usul ini dan pindaan perlembagaan akan dilakukan.


Dengan berakhirnya sesi pembentangan usul ini, maka mesyuarat agung tahunan OASiS ini ditangguhkan ke suatu tarikh yang akan diumumkan kelak. Sesi terakhir ialah sesi bergambar beramai-ramai dan juga jamuan ringan.

DSC_9895
Kesemua ahli OASiS yang hadir.


Terima kasih kepada semua yang hadir dan menjayakan program yang julung kali diadakan ini. Tahniah diucapkan kepada semua ahli Majlis Tertinggi OASiS yang dilantik. Semoga segala komitmen yang diberikan semua terhadap perjalanan persatuan ini berbaloi Insya Allah.


Sekian, terima kasih.

Nadly Aizat
OASiS0405


1 comment:

Outbound di malang said...

Nice blog :)
salam kenal sobat :)
di tunggu kunjungan balik.nya ya !terimakasih ...

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails