Tuesday, March 23, 2010

Pencarian

Assalamualaikum dan Salam Sejahtera....

Rakan-rakan yang dihormati sekalian,

Kejayaan sesebuah organisasi bukan hanya bergantung kepada pengurusan yang cekap malah dipengaruhi oleh penglibatan aktif ahli-ahli dalam organisasi terbabit. Sebuah istana yang tersergam indah tetapi sunyi tidak akan berseri jika hanya ada beberapa penghuni yang mendiaminya. Pihak kami percaya rakan-rakan lebih gemar untuk tinggal di sebuah rumah yang sederhana tetapi penghuninya sentiasa berkerjasama secara muhibbah.

Oleh yang demikian, pihak kami bercadang untuk meluaskan lagi penyertaan ahli-ahli OASiS dalam blog rasmi ini. Pada ketika ini, hanya terdapat 4 orang penulis sahaja bagi menyerikan blog yang masih berusia setahun jagung. Pihak kami menyeru rakan-rakan yang ingin menghulurkan tangan dengan menganggotai barisan penulis blog ini untuk menghubungi pihak kami dengan kadar segera. Harapan kami adalah untuk melihat barisan penulis dianggotai oleh semua wakil "batch" OASiS agar tiada individu/kumpulan yang merasakan diri mereka terpinggir dalam menjayakan agenda Sekolah Menengah Sains Alam Shah dan OASiS.

Syarat-Syarat
  1. Bekas pelajar Sekolah Menengah Sains Alam Shah
  2. Mempunyai penguasaan Bahasa Melayu dan/atau Bahasa Inggeris yang baik.
  3. Mampu bekerjasama dengan baik bersama rakan-rakan penulis dan juga rakan-rakan OASiS


Maklumat


Jika berminat sila hantarkan maklumat yang berikut ke modoasis@gmail.com
  • Nama penuh
  • Batch
  • No. KP ( bagi tujuan pengesahan diri dengan data OASiS)
  • Alamat blog peribadi(jika ada)
Pihak kami akan menghubungi rakan-rakan dengan kadar segera setelah mendapat maklumat yang berikut. Jemputan menjadi penulis blog akan dihantar melalui emel yang digunakan oleh rakan-rakan ketika memohon menjadi penulis blog.

p/s: Jika rakan-rakan tidak menerima sebarang jawapan daripada pihak kami dalam waktu seminggu sila tinggalkan pesanan di bahagian komen.

Sekian. Terima Kasih.

~~Menzahirkan Pemimpin Bertaraf Dunia~~

(MOHD AKMAL MEHAT)

Wednesday, March 10, 2010

Keputusan SPM 2009

Salam rakan-rakan yang dihormati sekalian,

Pihak kami percaya rakan-rakan pasti tertunggu tentang maklumat SPM 2009. Alhamdullilah, pihak kami berjaya mendapatkan keputusan penuh SPM 2009 melalui pihak pentadbiran ASiS beberapa minit yang lalu.Berikut,adalah analisis keputusan SPM 2009 yang diperoleh.

ASiS
(Klik pada gambar,kemudian klik pada "all sizes" dan pilih saiz yang terbesar untuk melihat dengan lebih jelas)-Ehsan dari Encik Ahmad Shafrin Abd Aziz.

Analisis ringkas:

Jumlah calon : 264 (walaupun ada yang mengatakan jumlah sebenar ialah 263 orang)

Jumlah subjek yang ditawarkan : 12 subjek (calon hanya mengambil 10 subjek keseluruhannya)

Subjek terbaik : Bahasa Melayu (GPK 0.144)

Gred purata keseluruhan : 1.300

Bilangan pelajar yang mendapat A dalam semua subjek yang diambil: 134 orang.

Pelajar yang mendapat 10A+ : Jeremy Wee Jin Shern & Irsyad Khairil

Alhamdulillah, GPK tahun ini meningkat dari 1.754 pada SPM 2008 kepada 1.300.Namun begitu, agak menghampakan apabila GPK bagi SBP seperti SASER,KISAS dan INTERGOMB juga meningkat dan lebih baik dari ASiS kali ini.Menurut pihak pentadbiran sekolah, ranking keseluruhan bagi SBP seluruh Malaysia masih belum lagi dikeluarkan buat masa ini.Tetapi ranking bagi sekolah-sekolah seluruh negara sudah pun dikeluarkan oleh Kementerian Pelajaran dan Alhamdulillah, ASiS berada pada kedudukan yang ke-5. Berita berkaitan boleh dilihat di SINI

ASiS nombor lima beb

Pihak kami mengucapkan setinggi-tinggi tahniah di atas kejayaan yang telah diperoleh dan mengharumkan nama sekolah seluruhnya,biarpun ASiS bukan salah satu dari sekolah bertaraf kluster mahupun sekolah berprestasi tinggi (SBT).Semoga kejayaan ini menjadi titik permulaan di dalam meneruskan hidup masing-masing ke arah masa depan yang lebih cerah.Sesungguhnya,masih banyak lagi cabaran dan dugaan yang akan ditempuhi dan SPM cumalah salah satu darinya.
"Sesungguhnya, perjuangan kita masih belum selesai".


We are the? best best best! We are the? best best best! We are the? best best best! Who's the best? ASIS! ASIS! ASIS!





NADLY AIZAT
(OASiS0405)

Thursday, March 4, 2010

Keputusan SPM 2009 Khamis Ini

Assalamualaikum wbt dan salam 1 Malaysia,

Buat kesemua Sa[VI]ours yang tengah menunggu keputusan SPM 2009.

Keputusan SPM 2009 boleh diketahui pada 11 Mac ini (Khamis depan) bermula pukul 10 pagi di sekolah.

"KUALA LUMPUR, 4 Mac (Bernama) -- Keputusan peperiksaan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) dan Sijil Tinggi Agama Malaysia (STAM) 2009 akan diumum pada Khamis depan."

Ketua Pengarah Pelajaran, Tan Sri Alimuddin Mohd Dom di dalam kenyataannya berkata, calon-calon boleh menyemak keputusan masing-masing yang akan dikeluarkan di sekolah-sekolah mulai pukul 10 pagi pada hari berkenaan.

Calon persendirian pula katanya, akan menerima keputusan masing-masing melalui pos yang dihantar oleh Jabatan Pelajaran Negeri.

"Sejumlah 165,853 calon menduduki peperiksaan bertulis SPM di 3,569 pusat peperiksaan di seluruh negara yang bermula pada 18 Nov hingga 16 Dis lepas, katanya.Seramai 6,920 calon pula menduduki peperiksaan STAM di 98 buah pusat peperiksaan yang berlangsung dari 19 hingga 27 Okt lepas."

Pastinya, keputusan SPM untuk ASiS pada kali ini amat ditunggu-tunggu,bukan sahaja oleh generasi ASiS ke-6, malahan warga OASiS keseluruhannya.Mampukah ASiS mencipta sejarah kali ini?Adakah ia mampu mengekalkan kecemerlangan ASiS sebelum ini?

Pastinya ia akan terjawab pada Khamis depan.

Justeru saya mengajak kepada semua warga OASiS, sama-samalah kita berdoa agar ASiS memperoleh kejayaan pada kali ini, Ameen Insya Allah.


"SEDERAP MELURU MEMBURU 10A+"



NADLY AIZAT
OASiS0405

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails