Friday, December 31, 2010

Selamat Tahun Baru 2011

Assalamualaikum w.b.t. dan Salam 1 Malaysia,

Saya mewakili pihak admin blog OASiS mengucapkan selamat menyambut tahun baru 2011 kepada semua OASiSian seluruhnya, tidak mengira di mana saja anda berada.

Sedar mahupun tidak, OASiS sudahpun menjangkau usia enam tahun. Dan tahun 2010 menyaksikan banyak peristiwa yang berlaku terutamanya kepada kita warga OASiS. Ada peristiwa yang menggembirakan, dan ada juga yang menyedihkan.

Ada di antara kita yang sedang menuju ke arah puncak kejayaan masing-masing.

Ada di antara kita yang sudah berkerjaya.

Ada juga yang sudah berumah-tangga.

Dan ada juga di antara kita yang telah dijemput oleh-Nya.


Walau apa jua sekalipun, inilah lumrah kehidupan dan asam garam yang kita tempuhi demi untuk menjadi insan yang lebih baik dan yang lebih penting, diredhai oleh-Nya.

Semoga tahun 2011 yang baru saja tiba ini akan kita jadikan sebagai tahun yang lebih baik dari sebelumnya, sama ada dari segi kejayaan diri, kematangan peribadi, hubungan sesama kita dan juga dengan orang lain Insya Allah.

Mungkin masih belum terlewat bagi kami, untuk mengucapkan tahniah, dan selamat datang kepada ahli keluarga kita yang baru, iaitu the Patriots (generasi ke-7 ASiS). Sama-sama kita doakan kejayaan adik-adik Patriots kita ini di dalam peperiksaan SPM, yang mana keputusannya bakal diumumkan sekitar bulan Mac yang akan datang. Semoga ASiS akan terus, dan terus mencipta kegemilangan, Insya Allah.

Weekend@ASiS 101w

Sama-sama kita manfaatkan dan eratkan hubungan di antara kita ini, warga OASiS sekalian. Mudah-mudahan, ia akan kekal selama-lamanya, Insya Allah.

Sekali lagi, selamat menyambut Tahun Baru 2011.


MOHD NADLY AIZAT BIN MOHD NUDRI.
OASiS0405

4 comments:

Rashdan Roslan said...

alhamdulillah, kini ASiS adalah Sekolah Berprestasi Tinggi (masih menunggu pengumuman rasmi daripada TPM..).. Sumber dari Ustaz Khir..

Anonymous said...

ASIS x layak dpt SBT sbb x mampu memenuhi semua kriteria yg tlh ditetapkan spt belum lagi melahirkan tokoh. Kita mungkin sokong tp ada pihak yg akan mempertikai.

Zahir Batch 3

Anonymous said...

btw,sape yang telah dijemput oleh-Nya?

Nadly said...

Allahyarham Azuan Azhar (Batch 2). Meninggal dunia tahun lepas akibat kemalangan jalan raya.

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails