Pada hari Jumaat 14 Jun hingga Ahad 16 Jun yang lalu, telah diadakan sambutan Sedekad ASiS Terbilang bertempat di SM Sains Alam Shah, Kuala Lumpur. Sambutan anjuran OASiS dengan kerjasama dari pihak pentadbiran ASiS dan PIBG ASiS ini diadakan untuk meraikan kejayaan demi kejayaan terbilang ASiS semenjak penubuhannya 10 tahun yang lalu. Antara pengisian utama yang telah dianjurkan ialah:
1) Majlis Bacaan Yasin dan Tahlil serta Doa Selamat (Jumaat 14 Jun 2013)
2) Larian Sedekad ASiS Terbilang (Sabtu 15 Jun 2013)
3) Hari Karnival ASiS (Sabtu 15 Jun 2013)
4) Perlawanan persahabatan ragbi antara OASiS RC dengan ASiS RC (Sabtu 15 Jun 2013)
5) Kembara Ilmu dan Kerjaya (Ahad 16 Jun 2013).
Majlis Bacaan Yasin dan Tahlil serta Doa Selamat (Jumaat 14 Jun 2013)
Pengisian pertama bagi sambutan ini telah disertai oleh semua pelajar ASiS dan telah dihadiri sejumlah bekas pelajar ASiS serta jemputan khas mantan pengetua ASiS, Tuan Haji Mohd Idrus Bin Abd Hamid, mantan Penolong Kanan Hal Ehwal Pelajar, Encik Ahmad Shafrin Bin Abd Aziz, YDP PIBG Dr Mohd Hafiz Bin Mohd Ali dan beberapa orang AJK PIBG.
Majlis ini dimulakan pada jam 7.30 malam dengan solat Maghrib secara berjemaah, dan kemudiannya diadakan solat hajat yang diimamkan oleh Presiden OASiS, saudara Suhaib Zaihan. Ustaz Yusri Yunos pula mengetuai bacaan Yasin dan Tahlil serta doa selamat. Sementara menantikan solat Isyak, YDP PIBG iaitu Dr Mohd Hafiz menyampaikan sedikit ucapan dan diikuti pengisian ilmu oleh saudara Zulfadli Zakaria, ahli Majlis Tertinggi OASiS. Majlis tamat sekitar jam 9.15 malam dan sedikit jamuan ringan diadakan di dewan makan.
Pelajar -pelajar ASiS yang hadir pada majlis malam tersebut.
Ustaz Yusri mengetuai bacaan Yasin dan Tahlil.
YDP PIBG ASiS, Dr Mohd Hafiz menyampaikan ucapan.
Pengisian Ilmu oleh saudara Zulfadli Zakaria
Mantan Pengetua ASiS, Tuan Haji Idrus Bin Abd Hamid turut sama-sama hadir dalam majlis malam ini.
Jamuan ringan di dewan makan setelah selesai majlis pada malam tersebut.
Bergambar bersama-sama setelah selesai jamuan ringan.
Larian Sedekad ASiS Terbilang (Sabtu 15 Jun 2013)
Acara larian bersempena dengan sambutan Sedekad ASiS Terbilang ini bermula pada jam 7.30 pagi dengan pendaftaran peserta. Akibat berlaku beberapa perkara yang tidak dapat dielakkan, laluan untuk larian yang sepatutnya diadakan sekitar Bandar Tun Razak terpaksa diubah ke dalam kawasan sekolah. Seramai kira-kira 200 orang peserta yang terdiri daripada pelajar-pelajar dan bekas pelajar ASiS telah mengambil bahagian dalam acara pada pagi tersebut. Larian dirasmikan oleh mantan pengetua, Tuan Haji Mohd Idrus Bin Abdul Hamid.
Sekitar meja pendaftaran peserta.
Sesi regangan sebelum larian bemula.
Pengarah aktiviti larian, saudara Izzat A Rahman menerangkan kepada peserta serba sedikit berkenaan dengan aktiviti pagi tersebut.
Mantan Pengetua ASiS, Tuan Haji Idrus Bin Abdul Hamid merasmikan larian Sedekad ASiS Terbilang.
Larian bermula.
Pendahulu pusingan pertama, Aiman (tingkatan 5 ASiS) diikuti kembar Hasan dan Husin. Aiman muncul pemenang keseluruhan setelah tamat larian.
Adik beradik Aizuddin Abdul Nasir (OASiS0304) dan Amirhakim Abdul Nasir (OASiS0910) turut sama menyertai aktiviti larian kali ini.
Sekitar pusingan kedua dari tiga pusingan keseluruhan larian.
Amirhakim Abdul Nasir (OASiS0910) menamatkan tiga pusingan larian pada pagi tersebut.
"Pose" istimewa dari pelajar ASiS yang berjaya menamatkan larian.
Setelah selesai larian, upacara penyampaian hadiah telah diadakan di pentas berhadapan Dataran ASiS. Sebanyak 30 medal dan sijil penyertaaan telah disampaikan kepada 15 pelajar ASiS yang terawal menamatkan larian dan juga kepada 15 bekas pelajar ASiS yang terawal. Hadiah disampaikan oleh Guru Penolong Kanan Hal Ehwal Ko-Kurikulum, Encik Rijaludin Bin Che Mat.
Para pemenang dan urusetia larian bergambar beramai-ramai setelah selesai upacara penyampaian hadiah.
Hari Karnival ASiS (Sabtu 15 Jun 2013)
Pada hari yang sama, telah diadakan Hari Karnival ASiS 2013. Acara tahunan ini disertai oleh persatuan persatuan ko-kurikulum dan rumah rumah sukan bagi mengumpul dana untuk organisasi masing-masing. Program bermula seawal jam 9 pagi dan berakhir sekitar jam 5 petang.
Pada acara kali ini, kebanyakan gerai didirikan di Dataran ASiS. Kebanyakan daripada gerai tersebut menjual makanan dan minuman dan selebihnya berbentuk perkhidmatan, permainan dan "amusement" seperti "Car Wash" di bahagian parkir berhadapan surau, Rumah Hantu di bilik peperiksaan bersebelahan kantin dan juga "Wii/Kinect" di Dataran ASiS.
Seperti tahun tahun sebelumnya, kebanyakan pengunjung terdiri daripada ibu bapa pelajar, bekas-bekas pelajar ASiS (OASiS) dan juga pengunjung dari sekolah-sekolah menengah yang lain.
Gerai gerai sekitar Hari Karnival ASiS 2013.
Hari Karnival juga merupakan masa yang sesuai untuk bekas pelajar ASiS bertemu dan beramah mesra dengan guru-guru yang pernah mengajar mereka sepanjang berada di sini.
Flash mob.
Bekas pelajar ASiS yang meluangkan masa berkunjung ke Hari Karnival di ASiS.
Pemandangan dari salah satu gerai jualan pada Hari Karnival.
Perlawanan persahabatan ragbi antara OASiS RC dengan ASiS RC (Sabtu 15 Jun 2013)
Pada sebelah petangnya telah diadakan perlawanan persahabatan ragbi di antara dua pasukan bekas pelajar ASiS (OASiS RC dan Batch 8 RC) dengan dua pasukan pelajar ASiS (Tingkatan 4 dan 5). OASiS RC berdepan dengan pelajar Tingkatan 5 manakala Batch 8 RC bertemu dengan pelajar Tingkatan 4. Berikut ialah keputusan penuh perlawanan berdasarkan jumlah try yang dihasilkan.
Batch 8 RC 1 - 0 Tingkatan 4
OASiS RC 2 - 2 Tingkatan 5
OASiS RC.
Batch 8 RC.
Warming up.
Main touch rugby dulu sebagai warm up sebelum perlawanan.
Try ke dua oleh OASiS RC untuk menyamakan kedudukan dengan Tingkatan 5 ASiS.
Bergambar beramai-ramai sesudah tamat perlawanan.
Kembara Ilmu dan Kerjaya (Ahad 16 Jun 2013).
Tujuan program ini diadakan ialah untuk mendedahkan para pelajar Tingkatan 5 ASiS dengan halatuju selepas peperiksaan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM). Perkongsian ilmu ini diadakan bersama-sama dengan bekas-bekas pelajar ASiS yang kini melanjutkan pengajian di IPTA dalam dan luar negara serta yang telah pun berkecimpung dalam karier masing-masing. Seramai 20 orang bekas pelajar dari pelbagai latar belakang pendidikan dan karier telah turut serta dalam program pada pagi tersebut.
Program ini terbahagi kepada dua slot, iaitu slot Akademik dan slot Kerjaya. Dalam slot Akademik yang diadakan di Dewan Besar ASiS, para pelajar diberi penerangan tentang struktur pengajian pasca SPM di dalam dan luar negara seperti program matrikulasi, asasi UiTM, A-Level dan sebagainya oleh fasilitator bertugas.
Dalam slot kedua iaitu slot Kerjaya, para pelajar dipecahkan mengikut kumpulan-kumpulan profesion yang mereka rasakan berminat seperti perubatan, kejuruteraan, farmasi dan sebagainya, dan dalam kumpulan tersebut penerangan mengenai karier berkaitan telah diberikan oleh beberapa orang fasilitator. Pelajar juga bebas menanyakan soalan kepada fasilitator berkenaan.
Program tamat sekitar jam 1 tengahari dan para fasilitator bergambar bersama-sama dengan para pelajar di Dataran ASiS.
Saudara Aminu Razif Zainal Abidin menerangkan tentang program Asasi UiTM kepada para pelajar.
Penerangan mengenai program A-Level disampaikan oleh saudara Syazwan.
Sesi perkenalan semasa slot Kerjaya. Saudara Ramzi Ramli (OASiS0405).
Sesi perkenalan semasa slot Kerjaya. Saudara Izzat Affandi (Jurutera).
Sebahagian daripada pelajar Tingkatan 5 yang hadir dalam program ini.
Kumpulan Farmasi yang dikendalikan saudara Azim Izzudin.
Kumpulan "Doktor" - Dikendalikan saudara Imran Azwan Azizan.
Undang-Undang / Peguam.
Kumpulan Kejuruteraan.
Bergambar beramai-ramai.
Dengan berakhirnya program Kembara Ilmu dan Kerjaya tersebut, maka berakhirlah acara Sambutan Sedekad ASiS Terbilang 2003-2013. Jutaan terima kasih diucapkan kepada semua pihak yang telah menjayakan program Sedekad ASiS Terbilang 2003-2013 terutamanya kepada pihak pentadbir sekolah, guru-guru, PIBG ASiS dan juga kepada semua OASiSian yang terlibat secara langsung dan tidak langsung. Sesungguhnya kejayaan ini tidak bermakna tanpa sokongan anda semua. Kami memohon maaf andai ada sebarang kesilapan atau kekurangan sepanjang mengendalikan sambutan ini. Harapan kami agar anda semua terus menyokong kami dalam memperkasakan OASiS dan ASiS terutamanya.
Semoga berjumpa lagi di lain masa dan kesempatan.